LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PRA U DARI SMK SULTANAH ASMA KE BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN PKNK
TARIKH : 7 DISEMBER 2011
TAJUK : LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR PRA U DARI
SMK SULTANAH ASMA KE BAHAGIAN PEMBANGUNAN
USAHAWAN PKNK
TEMPAT : BILIK SEMINAR TINGKAT 7
WISMA PKNK
Seramai 20 orang pelajar dan 2 guru pengiring dari SMK Sultanah Asma Alor Setar telah hadir ke Perbadanan pada 7 Disember 2011 bertempat di Dewan Seminar, Tingkat 7 Wisma PKNK.
KURSUS AMALAN 5S: PERSEKITARAN DALAM ORGANISASI
TARIKH : 22-25 NOVEMBER 2011
TAJUK : KURSUS AMALAN 5S: PERSEKITARAN DALAM ORGANISASI
TEMPAT : DEWAN SEMINAR , TINGKAT 7
WISMA PKNK
Kursus Amalan 5S Persekitaran Dalam Organisasi telah diadakan 22 hingga 25 November 2011 bertempat di Dewan Seminar, Tingkat 7 Wisma PKNK. Kursus amalan persekitaran berkualiti melalui pendekatan 5S ini bertujuan untuk mendedahkan anggota PKNK dengan konsep 5S.
MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH AMAN CENTRAL
TARIKH : 14 NOVEMBER 2011
TAJUK : MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH AMAN CENTRAL
TEMPAT : PERKARANGAN PLAZA TUNKU YAAKOB
Majlis Perasmian Pecah Tanah Aman Central telah dilaksanakan pada 14 November 2011 bertempat di Perkarangan Plaza Tunku Yaakob. Projek mega usahasama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan syarikat pemaju dari Pulau Pinang, Kumpulan Belleview ini adalah bagi membangunkan semula plaza yang terbengkalai beberapa kali sejak awal tahun 80-an ia bakal menjadi mercu tanda baru.
MAJLIS IBADAH KORBAN 2011
TAJUK : MAJLIS IBADAH KORBAN 1432H/2011
TEMPAT : TEMPAT LETAK KERETA PKNK
Pada 8 November 2011 yang lepas, PKNK telah menumbangkan 3 ekor lembu untuk ibadah korban bagi tahun ini dan seramai 21 orang anggota dan pegawai PKNK telah menerima sumbangan berupa ibadah korban setompok setiap seorang dari PKNK untuk tahun 2011 / 1432H. Daging-daging korban tersebut juga telah disedekahkan kepada fakir-fakir miskin dan di kalangan anggota PKNK.





































