|
|
|
|
|
| LAWATAN DEWANITA KEDAH
|
Seramai 6 orang ahli jawatankuasa DEWANITA kedah telah melawat PKNK dan mengadakan perbincangan bersama En. Abd.Rahim B. Man, Pengurus Besar ( Operasi ) pada 27 Disember baru-baru ini. En. Mohd Hazahari Md. Husin, Pn. Anita Salleh Dan Pn. Azizah Yahaya turut bersama-sama menghadiri perbincngan ini
|
|
| BOWLING MAKSAK 2010 |
Azizah Yahya sekali lagi terpilih mewakili pasukan bowling MAKSAK ke Kejohanan Bowling MAKSAK Kebangsaan di Johor Bharu pada 9 hingga 12 Disember 2010.
|
|
| MAJLIS IBADAH KORBAN PKNK 2010 / 1431 H |
Pada 19 November 2010 yang lepas, PKNK telah menumbangkan 3 ekor lembu untuk ibadah korban tahun ini dan seramai 21 orang anggota PKNK telah menerima hadiah dari PKNK, berupa ibadah korban setompok setiap seorang bagi program ini untuk tahun 2010 / 1431H. Daging-daging korban telah disedekahkan kepada fakir-fakir miskin dan kalangan anggota PKNK. PKNK juga telah menyumbangkan sebanyak 120 ekor lembu korban kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk diagih-agihkan kepada masjid-masjid di seluruh negeri Kedah Darul Aman.
|
|
| SEMINAR AHLI LEMBAGA PENGARAH 2010 ANJURAN PKNK DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA ( SSM ) |
Seminar telah diadakan di The Regency Jerai Hill Resort,Gunung Jerai pada 1 hingga 2 November 2010. Seramai 50 orang peserta terdiri dari ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat milik penuh PKNK dan juga pegawai-pegawai PKNK. Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Azizan Hj Abdul Razak, Menteri Besar Kedah Darulaman.
|
|
| LATIHAN OPTIMUM KAPASITI PENGELUARAN OLEH HALAL DEVELOPMENT CORPORATION |
Bertarikh 26 Oktober 2010 latihan optimum kapasiti pengeluaran oleh Halal Development Corporation telah diadakan di Dewan Seminar tingkat 7,Wisma PKNK . Latihan ini di anjurkan adalah untuk memberi penerangan berkaitan industri halal selaras dengan pembangunan Taman Halal Kedah di kawasan Sungai Petani. Penyertaan usahawan yang terlibat ialah usahawan Mardi, PKNK, Keda usahawan Jabatan Pertanian Negeri Kedah.
|
|
| PROGRAM SEKOLAH ANGKAT PKNK 2010,BENGKEL MENJAWAB SOALAN UPSR DAERAH PENDANG DAN KUALA MUDA YAN |
PKNK meneruskan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat ( CSR ) untuk tahun 2010 dengan menganjurkan program motivasi dan Teknik Menjawab Soalan UPSR di Daerah Pendang, Kuala Muda Yan. Sebanyak 12 sekolah yang terlibat bagi menjayakan program ini.
|
|
| MIHAS |
Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)2010 yang telah diadakan 23 hingga 27 Jun 2010 lalu bertempat di MATRADE Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis perasmian MIHAS 2010 disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 23 Jun 2010 . Beberapa wakil Pegawai PKNK turut hadir pada program tersebut. Beberapa agensi kerajaan seperti UPEN, PKNK, MADA, FAMA, PERSATUAN NELAYAN, KEDAH BIO RESOURCES juga turut terlibat bagi menjayakan program ini .
|
|
| KURSUS KOMUNIKASI DAN PERSEMBAHAN BERKESAN (PENGUCAPAN AWAM) BAGI ANGGOTA PKNK |
Seramai 66 orang kakitangan PKNK telah dengan jayanya menghadiri kursus yang diadakan pada 1 hingga 3 Julai bertempat di Sungai Petani Inn, Sungai Petani, Kedah.
|
|
| KARNIVAL INDUSTRI HALAL PERINGKAT WILAYAH UTARA
|
PKNK telah mengambil bahagian dalam karnival Industri Halal Peringkat Wilayah Utara yang telah diadakan selama dua hari (28 & 29 Mei 2010) di Stadium Suka Menanti, Alor Setar. Seramai 100 usahawan dan agensi telah mengambil bahagian termasuk 4 usahawan PKNK. Karnival ini telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak. Turut serta dalam majlis perasmian ialah YB Dato' Mukriz Mahathir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
|
|
| 'THE ROYAL KEDAH INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON FESTIVAL' |
PKNK telah menaja sejumlah RM100,000.00 sempena dengan 'The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival' yang telah diadakan pada 28 – 31 Mei 2010. Program anjuran Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman dan Rozad Creative ini merupakan yang kedua di adakan di Malaysia dan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari para pengunjung. Bertempat di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, pengunjung juga telah disajikan dengan aktiviti payung terjun, 'go-kart', pameran dan lain-lain aktiviti. Sebanyak 10 unit belon panas yang dibawa dari luar negara telah disediakan untuk acara ini.
|
|
| KONVENSYEN PROGRAM USAHAWAN MUDA PERINGKAT NEGERI KEDAH |
Konvensyen Program Usahawan Muda (PUM) Peringkat Negeri Kedah telah diadakan pada 23 Mei 2010 di Dewan Gemilang, Darulaman Golf & Country Club, Jitra. Sebanyak 40 sekolah telah mengambil bahagian dalam Konvensyen kali ke 14 ini dan majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Tn Hj Abdullah Saad. Pada konvensyen tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Badlishah, Kulim telah mendapat tempat pertama dan dipilih untuk mewakili Negeri Kedah Darul Aman ke Konvensyen Program Usahawan Muda Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada 14 hingga 15 Jun 2010 di Negeri Johor Darul Takzim.
|
|
| MAJLIS PERASMIAN 'THE REGENCY JERAI HILL RESORT', GUNUNG JERAI |
Pada 18 Mei 2010, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah telah bercemar duli berkenan untuk merasmikan 'The Regency Jerai Hil Resort', Gunung Jerai, resort milik penuh PKNK. Resort yang berada di ketinggian 1200 meter dari aras laut ini menawarkan perkhidmatan penginapan, kemudahan bilik mesyuarat, bilik seminar, restoran, surau dan juga dewan serbaguna. Seramai 300 tetamu terdiri dari kerabat-kerabat DiRaja, orang-orang kenamaan, ketua-ketua jabatan, syarikat-syarikat pelancongan dan NGO telah menghadiri majlis tersebut.
|
|
| PROGRAM SEKOLAH ANGKAT PKNK 2010 |
PKNK meneruskan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat ( CSR ) untuk tahun 2010 dengan menganjurkan 2 program motivasi dan Teknik Menjawab Soalan PMR di Daerah Kubang Pasu pada 14-15 Mei 2010. Seramai 300 pelajar dari 30 buah sekolah telah terlibat dalam program ini.
|
|
| MAJLIS PENYAMPAIAN CEK DANA USAHAWAN PKNK 2010 |
Satu majlis penyampaikan cek Dana Usahawan PKNK 2010 kepada 25 orang usahawan kecil dan sederhana telah diadakan pada 02 Mei 2010 bertempat di The Regency Alor Setar, Kedah. Sejumlah RM600,000.00 telah diperuntukkan pada majlis tersebut dan penyampaian pembiayaan telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan Negeri Kedah, YB Tuan Haji Abdul Ghani Ahmad. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y.Bhg. Dato' Ketua Eksekutif PKNK, Dato' Hj Abdul Rahman bin Ibrahim.
|
|
| PERHIMPUNAN BULANAN MEI 2010 |
Perhimpunan Bulanan untuk Bulan Mei 2010 telah diadakan pada 02 Mei 2010 di Perkarangan Utama Wisma PKNK. Di dalam perhimpunan ini Y.Bhg. Dato' Ketua Eksekutif telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua anggota PKNK agar terus bekerja kuat dan mengekalkan prestasi kerja dan memastikan kecemerlangan yang diperolehi pada tahun 2008 & 2009 yang lalu dapat dikekalkan untuk tahun 2010. Beliau juga meminta agar semua anggota PKNK menjaga nama baik dan imej PKNK serta mengelakkan diri dari terlibat dengan apa-apa juga kegiatan yang tidak bermoral dan tidak berfaedah.
|
|
| KURSUS SAINS SUKAN (SKIM KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SPKK)) |
Dua orang anggota PKNK telah dipilih untuk mengikuti latihan kejurulatihan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri pada 12-16 April 2010 bertempat di Kolej Universiti Insaniah. Mereka ialah Pn Nur Syazana Amalina Roslan dan Cik Nur Shuhada Naser.
|
|
| SUKAN DALAMAN 2010 |
Aktiviti Sukan Dalaman PKNK telahpun dilancarkan pada bulan Februari yang lalu dan sebanyak tujuh (7) acara sukan dipertandingkan. Dua pasukan telah diwujudkan iaitu AROWANA dan CENDERAWASIH. Acara sukan yang pertama telah diadakan pada 24 Februari 2010 untuk sukan bowling. Pasukan Arowana telah menjadi johan dan mengutip 2 mata.
Acara sukan seterusnya ialah Sepak Takraw dan Bola Jaring yang telah diadakan pada 31 Mac 2010. Kedua-dua sukan telah dimenangi oleh Pasukan Arowana.
Program Sukan Dalaman 2010 ini akan diadakan bagi merebut Piala Dato' Ketua Eksekutif untuk johan keseluruhan.
|
|
| MAJLIS PERASMIAN MENGENAI KEPENTINGAN PEMBUNGKUSAN BAGI PRODUK MAKANAN |
Bahagian Usahawan PKNK telah mengadakan Majlis Perasmian Kesedaran Mengenai Kepentingan Pembungkusan bagi Produk Makanan kepada usahawan pada 30 Mac 2010 bertempat di Regency Hotel. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh En. Abdul Rahman bin Salleh, Pengurus Besar (Korporat) PKNK.
|
|
| HARI KELUARGA PKNK 2010 DI GENTING HIGHLANDS |
Seramai 464 orang dari 116 keluarga anggota PKNK telah berada di Genting Highlands bagi menjayakan program Hari Keluarga PKNK 2010 yang telah diadakan pada 25 - 27 Mac 2010. Perjalanan yang mengambil masa hampir lapan jam oleh 54 buah kereta dan 6 buah bas telah menjanjikan keseronokan apabila mereka menginap di First World Hotel dan mencuba semua permainan yang disediakan di puncak genting.
Antara program yang diatur ialah sehari bersantai di puncak genting dan pada sebelah malam pula, semua anggota dihiburkan dengan persembahan pentas oleh nyanyian dan persembahan sketsa oleh anggota PKNK, acara cabutan bertuah dan persembahan penghibur jemputan, 'Helmi The Gimmicks'.
Program Hari Keluarga PKNK 2010 ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Hj Ir Phahrolrazi bin Mohd Zawawi, Exco Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman merangkap Ahli Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan YBhg Datin Noor Azmah bt Osman serta YBhg Dato' Hj Abdul Rahman Ibrahim dan YBhg Datin Noorya Ali.
|
|
| SAMBUTAN MAULIDUR RASUL |
Biro Pembangunan Insan Kelab Sukan & Rekreasi PKNK (KSR PKNK) telah mengganjurkan majlis Sambutan Maulidur Rasul pada 11 Mac 2010, bertempat di Surau Tingkat 3, Wisma PKNK. Majlis telah diserikan dengan lagu-lagu nasyid, marhaban, bacaan rawi dan sirah Nabi serta selawat ke atas Nabi secara beramai. Majlis juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Kumpulan Nasyid Hawa Bukhari dan Y.Bhg. Ustazah Nazrah Yusuf.
|
|
| KEJOHANAN MAKSAK BOLA SEPAK VETERAN DAN BADMINTON |
Pada tahun 2010 ini, PKNK telah diberi tanggungjawab untuk menjadi Pengerusi bagi kedua-dua kejohanan di atas yang telah diadakan di Ipoh pada 4 - 7 Mac 2010. Pasukan Bola Sepak Veteran telah menjadi johan di samping Tn Syed Alwi Syed Abdullah, anggota PKNK telah dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir dan penjaring gol terbanyak kejohanan. Tahniah kepada pasukan Bolasepak Veteran Negeri Kedah dan juga kepada PKNK.
|
|
| FUTSAL ANJURAN JABATAN IMIGRESEN |
Pasukan Futsal PKNK telah mengambil bahagian dalam kejohanan FUTSAL anjuran Jabatan Imigresen yang telah diadakan di WNS pada 26 & 27 Februari 2010. Walaupun hanya berjaya hingga peringkat suku akhir, tetapi pengalaman dan peluang bermain di kejohanan-kejohanan sedemikian amat berharga untuk pemain-pemain Pasukan Futsal PKNK.
|
|
| KEJOHANAN MAKSAK KEBANGSAAN BOLA JARING |
Seramai tiga (3) orang anggota PKNK telah dipilih untuk mewakili Pasukan Bola Jaring Maksak Negeri Kedah dalam kejohanan di atas. Mereka ialah Pn Nur Syazana Amalina , Cik Nur Hidayu dan Cik Nur Shuhada Naser. Kejohanan selama seminggu ini telah diadakan di Kuantan, Pahang.
|
|
| MAJLIS PERASMIAN RUMAH KELAB |
Sempena Majlis Perasmian Rumah Kelab KSR pada bulan Februari yang lalu, satu perlawanan persahabatan Ping Pong (Lelaki) dan Karom (Wanita) antara 'junior vs senior' telah diadakan. Permainan Ping Pong telah dimenangi oleh pasukan 'junior' sementara bagi permainan karom pula ia dimenangi oleh pasukan 'senior'. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh En Abdul Rahman Abdullah,Timbalan Yang Di Pertua KSR PKNK.
|
|
| IKLAN JAWATAN KOSONG DI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI KEDAH (PKNK)
|
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (keutamaan adalah diberi kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman) yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan AKAUNTAN (Tetap) dan PEMBANTU AM PEJABAT (Kontrak).
|
Klik di sini untuk memuat turun Iklan Jawatan Kosong dalam bentuk PDF dan mendapatkan maklumat terperinci kekosongan jawatan ini. Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Mac 2010.
|
|
| 30 JAN 2010: PEMILIHAN PASUKAN BADMINTON MAKSAK NEGERI KEDAH |
Pemilihan akan diadakan pada 30 Januari 2010, mulai jam 9.00 pagi bertempat di Stadium Suka Menanti, Alor Setar. Seramai 12 orang pemain akan dipilih terdiri dari 5 pemain lelaki dan 4 pemain lelaki veteran dan 3 pemain wanita. Kejohanan yang akan berlangsung di Bandaraya Ipoh, Perak Darul Ridzuan ini akan diadakan pada 5,6 dan 7 Mac 2010.
|
|
| 8 JAN 2010: PEMILIHAN PASUKAN BOLA SEPAK MAKSAK NEGERI KEDAH |
Pemilihan akan diadakan pada 28 Januari 2010, jam 5.30 petang bertempat di Kompleks Hijau Kuning, Alor Setar.
|
|
| 20 JAN 2010 : MAJLIS PENYAMPAIAN CEK PEMBIAYAAN DANA USAHAWAN PKNK 2010 |
Seramai 12 orang penerima Dana Usahawan PKNK untuk Siri Pertama 2010 dengan peruntukan yang disediakan sebanyak RM400,000.00. Majlis penyampaian telah disempurnakan oleh YB Dato' Ir Hj Amiruddin bin Hamzah dan turut dihadiri oleh Tn Sr Hj Che Had Dhali, Pengerusi Dana Usahawan PKNK dan Y.Bhg Dato' Hj Abdul Rahman Ibrahim, Ketua Eksekutif PKNK.
|
|
| 19 JAN 2010 : PERJUMPAAN MBJ (PEKERJA) DENGAN SEMUA ANGGOTA PKNK
|
Seramai lebih 50 orang anggota telah menghadiri perjumpaan ini yang antara lain bertujuan untuk membentangkan isu-isu baru untuk dikemukakan pada mesyuarat MBJ PKNK pada bulan Februari 2010 yang akan datang.
|
|
| 18 - 20 JAN 2010 : LAWATAN KE HALAL HUB HADYAI, THAILAND
|
Y. Bhg. Dato' Ketua Eksekutif bersama enam (6) pegawai dari Bahagian Pembangunan Teknikal, Perancangan Korporat dan Pembangunan Perniagaan, Pembangunan Usahawan dan Galakan Industri telah mengadakan lawatan kerja ke Hadyai, Thailand. Antara lain tujuan lawatan ialah mininjau perjalanan dan pentadbiran Halal Hub di Hadyai dan juga melawat kawasan perindustrian Thailand.
|
|
| 3 JAN 2010 : PERTUKARAN ANGGOTA |
Seramai 22 anggota telah terlibat dalam proses pertukaran antara bahagian anggota PKNK bagi tahun 2010. Antara yang terlibat ialah seperti berikut :
Nama |
Jawatan & Bahagian Asal |
Jawatan & Bahagian Baru |
Pn Sodah Hj Lateh |
Pengurus Bhgn Pembangunan Usahawan |
Darulaman Aset |
En Zainuddin Atan |
Pengurus Bhgn Pelaburan |
Bhgn Pembangunan Usahawan |
En Azizi Hj Halipah |
Penolong Pengurus Bhgn Pembangunan Usahawan |
Ketua Unit ICT |
Pn Anita Salleh |
Ketua Unit Perhubungan Awam |
Penolong Pengurus Bhgn PPSM |
Pn Maheran Manan |
Penolong Pengurus Bhgn Hartanah |
Ketua Bahagian Pembangunan Usahawan |
Pn Hanisah Baharom |
Penolong Pengurus Bhgn Perancangan Korporat & Pembangunan Perniagaan |
Penolong Pengurus Bhgn Hartanah |
Pn Kamariah Mohd Fisol |
Penolong Pengurus Bhgn PPSM |
Penolong Pengurus Bhgn Audit Dalam |
En Mohd Hazahari Md Hussin |
Pegawai Tadbir Unit Perhubungan Awam |
Ketua Unit Perhubungan Awam |
Pn Hjh Anita Mohamad |
Penolong Akauntan Bhgn PPSM |
Penolong Akauntan Bhgn Pembangunan Usahawan |
En Hanif Hj Hassan |
Penolong Pegawai Tadbir Bhgn Pembangunan Usahawan |
Penolong Pegawai Tadbir Bhgn PPSM |
Pn Hjh Che Mahaya Sabu |
Pembantu Tadbir (P/O) Bhgn Audit Dalam |
Pembantu Tadbir (P/O) Bhgn Pelaburan |
Pn Jamilah Ahmad |
Pembantu Tadbir (P/O) Bhgn Audit Dalam |
Pembantu Tadbir (P/O) Bhgn PPSM |
Pn. Rosmani Mansor |
Pembantu Tadbir (P/O) Bhgn Pelaburan |
Pembantu Tadbir (P/O) Bhgn Audit Dalam |
Tn Syed Alwi Syed Abdullah |
Pembantu Tadbir (P/O) Bhgn PPSM |
Pembantu Tadbir (P/O) Bhgn Hartanah |
Pn Haslina Hj Hashim |
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Bhgn Pembangunan Usahawan |
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Bhgn Pelaburan |
Cik Nur Shuhada Naser |
Pelukis Pelan Bhgn Pembangunan Teknikal |
Pelukis Pelan Unit Perhubungan Awam |
En Fisal Murad |
Pemungut Sewa Bhgn Hartanah |
Pemungut Sewa Bhgn Galakan Industri |
En Masri Che Ros |
Pemungut Sewa Bhgn Hartanah |
Pemungut Sewa Bhgn Pembangunan Usahawan |
En Khalid Salleh |
Bhgn Hartanah & Penilainan |
Pinjaman ke Kedah Resort Sdn Bhd |
En Mohd Marwan Yusof |
Bhgn Pembagunan Perniagaan |
Bhgn Pembangunan Usahawan |
En Fairuz Ilias |
Bhgn Pembangunan Usahawan |
Bhgn Pembangunan Perniagaan |
|
.
|
|