2017 March 24, Friday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

LATAR BELAKANG

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada 25 Ogos 1965 di bawah Enakmen Kerajaan Negeri Kedah No 5/1965 berperanan sebagai sebuah agensi yang diamanahkan bagi menjaga kepentingan Bumiputera dengan diawasi oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Sejarah Awal Kemunculan

Pada peringkat awal kemunculan, PKNK beroperasi di sebuah ruang pejabat yang terletak di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Alor Setar. Sementara kakitangannya pula terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang dipinjamkan daripada Perkhidmatan Tadbir Negeri.

Pada bulan Februari 1968, PKNK berjaya memiliki pejabat sendiri yang pertama iaitu Bangunan UKIR yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. UKIR yang bermaksud ‘Untuk Kemajuan Iktisad Rakyat’ hingga kini menjadi inspirasi kepada PKNK untuk mengembangkan dimensi korporatnya. Kemajuan yang telah dicapai oleh PKNK turut meningkatkan imej korporatnya.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah Pada Masa Kini

Kini PKNK berjaya memiliki bangunan pejabat setinggi 14 tingkat di Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar yang dikenali sebagai Wisma PKNK. Selaku peneraju dalam pembangunan ekonomi bagi Negeri Kedah Darul Aman, PKNK telah memainkan peranan penting dalam aktiviti perladangan, hartanah, perindustrian, pelaburan, pelancongan dan pembangunan usahawan di samping terlibat dalam aktiviti yang berbentuk tanggungjawab sosial korporat.

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 23 Mac 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.