Teras Strategik
- Menjana dan memperkasakan pertumbuhan sektor utama ekonomi negeri Kedah melalui pembangunan sektor hartanah dalam projek berimpak tinggi, pembangunan sektor perladangan dalam pelbagai komoditi, pembangunan sektor pelancongan, pemantapan sektor industri dan pemantapan aktiviti pelaburan.
- Membangunkan sosio ekonomi melalui pembasmian kemiskinan dan penyediaan peluang pekerjaan melalui peningkatan program pembangunan usahawan bumiputera serta peningkatan kemahiran dalam bidang-bidang keperluan industri.
- Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat negeri Kedah melalui peningkatan pemilikan rumah kediaman, peningkatan kemudahan kesihatan dan usaha bantuan peningkatan taraf pendidikan rakyat termiskin.
| < Prev | Next > |
|---|





