Malay Chinese (Simplified) English    
2013 May 25, Saturday

Perindustrian

Sektor industri merupakan salah satu sektor yang penting kepada ekonomi Negeri Kedah dari segi penyediaan peluang pekerjaan dan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK). Oleh itu adalah penting melihat peranan sektor ini untuk tempoh 10 atau 20 tahun yang lalu untuk menentukan peranannya untuk tempoh 10 tahun yang akan datang. Sektor ini dijangka terus menjadi sektor yang penting untuk merealisasikan Kedah Sejahtera.

Sehingga kini PKNK telah membina sebanyak 9 kawasan Industri di seluruh negeri Kedah iaitu Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kawasan Perindustrian Mergong II, Kawasan Perindustrian Mergong Barrage, Kawasan Perindustrian Gurun, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kawsan Perindustrian Bakar Arang, Kawasan Perindustrian Tikam Batu, Kawasan Perindustrian Kuala Ketil dan Kawasan Perindustrian Kulim.

Keseluruhan keluasan yang dimajukan setakat ini adalah seluas 2,959.91 ekar. Manakala jumlah keluasan yang boleh dijual adalah 2,396.11 ekar.

PKNK bercadang untuk memajukan beberapa lagi kawasan industri dalam masa 10 tahun yang akan datang ini bagi menampung permintaan bagi tanah industri dan kilang binasiap yang semakin meningkat terutamanya di Kawasan Sungai Petani dan Kulim. Kawasan-kawasan lain seperti di Kawasan Bandar Baharu dan Pendang perlu juga diberi perhatian untuk dimajukan. Selain daripada itu, Bahagian Industri menjangkakan industri Asas Tani juga akan berkembang pesat dalam masa 5 hingga 10 tahun yang akan datang memandangkan Kerajaan Negeri sendiri amat menggalakkan projek-projek industri berasaskan pertanian dimajukan. Oleh itu, PKNK perlu mengambil peranan sebagai pemangkin dengan menyediakan kawasan-kawasan industri berasaskan pertanian/ penternakan siap dengan infrastrukturnya sekali.

Bahagian Galakan Industri & Pemasaran PKNK adalah bahagian yang bertanggungjawab dalam perkara-perkara yang melibatkan industri seperti promosi, jualan tanah industri, sewaan kilang binasiap, perkhidmatan selepas jualan dan pengumpulan maklumat-maklumat dan data-data perindustrian di Negeri Kedah khususnya dan Malaysia secara amnya.

Bahagian ini juga terlibat dalam mempromosikan dan memperkembangkan industri sarang burung walet di Negeri Kedah. Antara projek yang sedang dijalankan adalah:

1. Projek Eko-Park Burung Walet di Kawasan Perindustrian Gurun (Berat) sebanyak 40 unit, 3 Tingkat.

2. Projek Eko-Park Burung Walet 12 Unit, 3 Tingkat di Kawasan Perindustrian Kuala Ketil.

3. Kawasan Perindustrian – termasuk peta kawasan


NO KAWASAN PERINDUSTRIAN TAHUN DIMAJUKAN KELUASAN (EKAR) JUMLAH KILANG BEROPERASI
      KELUASAN YANG DIMAJUKAN KELUASAN YANG BOLEH DIJUAL KELUASAN YANG TELAH DIJUAL KELUASAN YANG BELUM DIJUAL  
1. Kulim 1978 430.16 381.52 381.52 0 83
2. Sungai Petani 1989 430.16 381.52 381.52 0 83
3. Bakar Arang 1980 622.31 529.12 529.12 0 156
4. Tikam Batu 1975 558.28 431.58 431.58 0 103
5. Mergong II 1980 102.35 86.95 86.95 0 113
6. Mergong Barrage 1988 100.49 75.39 75.39 0 128
7. Kuala Ketil 1994 332.00 226.6 188.933 37.667 54
8. Bukit Kayu Hitam 1995 348.4 250.94 240.22 10.72 76
8. Gurun 2003 376.82 303.22 294.533 8.687 18
10. Kulim Hi-Tech Park 1992 4032 1239 1239 0 21
  JUMLAH   6,991.91 3,605.36 3,548.286 57.0740 775
Jadual: Kawasan Perindustrian Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah Sehingga 31 Januari 2011

4. Lot-lot Tanah Industri yang Belum Dijual Sehingga 31 Januari 2011


NO KAWASAN NO LOT KELUASAN (EKAR) HARGA (S.K.P)
1. Industri Kuala Ketil 215 2.17 4.70
    216 2.66 4.70
    217 3.04 4.70
    218 2.32 4.70
    219 2.32 4.70
    220 2.32 4.70
    221 3.78 4.70
    222 2.82 4.70
    223 3.15 4.70
    224 3.58 4.70
    24 2.077 4.70
    25 2.057 4.70
    26 2.063 4.70
    27 1.765 4.70
    28 1.545 4.70
2. Industri Bukit Kayu Hitam 217 4.44 5.00
    218 6.28 5.00
3. Industri Berat Gurun 63 4.867 5.80
    64 1.0 5.80
    65 1.0 5.80
    66 1.5 5.80
    67 1.32 5.80

5. Lot-lot Kosong Bengkel Industri Ringan Gurun Sehingga 31 Januari 2011


NO LOT LUAS TANAH(M.P) HARGA JUALAN SEWA SEMASA (RM) PENYEWA/PEMBELI
13 174 189,050.00 750.00 KOSONG
14 174 199,000.00 750.00 KOSONG
15 174 199,000.00 750.00 KOSONG
30 174 194,000.00   KOSONG
31 174 194,000.00   KOSONG
42 174 184,000.00   KOSONG

6. Lot-lot Kosong Kilang Binasiap Kawasan Perindustrian Kuala Ketil Sehingga 31 Januari 2011


NO LOT LUAS TANAH KADAR SEWA(RM) CATITAN
70 60’ X 100’ 3,000.00 KOSONG

  1. Senarai penyewa – nama syarikat, negara asal penyewa

  2. Taman Halal Kedah

    - Taman Halal Kedah adalah projek Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah seluas 35 ekar di Kawasan Perindustrian Sungai Petani untuk menyediakan sebuah kawasan fizikal terancang dengan infrastruktur yang lengkap serta aksesibiliti yang baik kepada pasaran. Pembangunan kawasan persekitaran dan keseluruhan membolehkan kilang mengamalkan tahap kebersihan yang baik melalui GMP, HACCP, VHM dan ISO 9001 ke arah pencapaian Sijil HALAL.
    - Pembangunan dijalankan melalui 2 fasa. Fasa 1 dengan keluasan 18 ekar yang meliputi:
    12 unit Kilang Teres A dengan keluasan 216 meter persegi setiap satu
    8 unit Kilang Teres B dengan keluasan 252 meter persegi setiap satu
    Kilang Kelompok C 6 unit dengan keluasan 151 meter persegi setiap satu
    Bangunan Pejabat Gunasama dengan keluasan 715.05 meter persegi
    Kafetaria dengan keluasan 333.31 meter persegi
  3. Lanskap

    Lot-lot kilang ini adalah disewa kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk meningkatkan kualiti keluaran ke arah pencapaian Sijil HALAL.
    - Lokasi projek:
    - Lot 5, Kawasan Perindustrian Sungai Petani
    - Sungai Petani
    - Kedah Darul Aman
  4. Industri Asas Tani - Burung Walet

    Cadangan 12 Unit 3 Tingkat Taman Eko Burung Walet di Kawasan Industri Kuala Ketil
    - Pembinaan : Jun 2011
    - Siap : Disember 2012

    Cadangan 40 unit 3 tingkat Taman Eko Burung Walet di Kawasan Industri Gurun
    - Fasa I 20 unit
    - Pembinaan : Jun 2011
    - Siap : Disember 2012
  5. Rancangan Masa Hadapan

    Bukit Kayu Hitam Fasa 3
    - Luas Tapak Perancangan : 238.39 Ekar
    - Luas Tapak Pembangunan Pusat Logistik & Pusat Halal Hub : 131.62 Ekar
    - Komponen:
     -  Industri Teres (30’x80’) ---28 Unit
     -  Industri Berkembar (100’x 200’) - 32 Unit
     -  0.5 Ekar - 14 Unit
     -  1.0 Ekar - 12 Unit
     -  2.0 Ekar - 11 Unit
     -  3.0 Ekar - 7 Unit
     -  4.0 Ekar - 6 Unit
     -  5.0 Ekar - 4 Unit
  6. Perlombongan

    Perlombongan bijih besi merupakan sektor baru yang akan diceburi oleh PKNK dalam usaha mempelbagaikan sektor pembangunan ekonomi.Pada peringkat permulaan, seluas 250 ekar tanah milik PKNK di Ladang Aman Jaya Sungai Petani akan diusahakan. Kerja-kerja pengeluaran bijih besi akan dilakukan melalui syarikat Ambang Hijau Trading Sdn Bhd dan YIKED Holding Sdn Bhd.

NO KAWASAN PERINDUSTRIAN TAHUN DIMAJUKAN KELUASAN (EKAR) JUMLAH KILANG BEROPERASI
      KELUASAN YANG DIMAJUKAN KELUASAN YANG BOLEH DIJUAL KELUASAN YANG TELAH DIJUAL KELUASAN YANG BELUM DIJUAL  
1. Kulim 1978 430.16 381.52 381.52 0 83
Lain-Lain Pautan:
mof mampu intan mida ehasil krste
Malaysia Kedah PKNK
© 2011 Hakcipta Terpelihara.
Pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.