2017 October 22, Sunday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

PERINDUSTRIAN

Sektor perindustrian adalah sektor yang penting kepada pembangunan ekonomi Negeri Kedah. PKNK adalah agensi utama Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab memajukan sektor perindustrian di Negeri Kedah. PKNK telah membangunkan 11 kawasan perindustrian dengan keluasan keseluruhan berjumlah 5,271 ekar di seluruh negeri. Kebanyakan industri dan pengilang utama yang beroperasi di negeri ini telah mendirikan kilang mereka di kawasan perindustrian yang dimajukan oleh PKNK.

Kemudahan infrastruktur yang lengkap dan dasar kerajaan yang pro-perniagaan menjadi daya tarikan utama kepada para pelabur untuk memilih Negeri Kedah sebagai destinasi pelaburan mereka.

Sektor industri adalah antara penyumbang utama kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Negeri Kedah di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Kedah. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri melalui PKNK akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan sektor perindustrian.

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 9 Oktober 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.