Malay Chinese (Simplified) English    
2013 May 23, Thursday

Pembangunan Usahawan

  1. Program Pembiayaan Perniagaan

  2. Dana Usahawan

  3. Pusat Pengetinan Makanan

  4. Program Pembangunan Perniagaan / Produk / Pasaran Dan Promosi

    Aktiviti-aktiviti :
    - Penyertaan ekspo dalam dan luar negeri. Kadar bantuan penyertaan yang minima kepada usahawan
    - Penyertaan pameran dalam negeri dan antarabangsa:
      • Showcase Asia
      • MIHAS / MAHA
      • OVOP/SDSI/OTOP
    - Penyertaan Dalam “Trade Mission”
  5. Program Pembudayaan Keusahawanan

    - Program pembudayaan ini dilaksanakan secara kerjasama dengan kementerian dan agensi-agensi lain. Program ini melibatkan pengetua, guru-guru pembimbing dan pelajar-pelajar sekolah menengah
    - Program-program pembudayaan adalah seperti berikut:
      • Program Usahawan Muda (Pelajar Peringkat Sekolah Menengah)
  6. Latihan Lanjutan Dan Peningkatan/ Seminar

    - Program pembangunan wanita dan masyarakat umum
    - Program latihan peniaga dan penjaja
    - Program penyediaan rancangan perniagaan
    - Program peningkatan pembungkusan dan perlabelan
    - Program SISWAZAH PUNB
  7. Program Projek Pembangunan Usahawan

    - Perniagaan spa dan seni kecantikan
    - Kemahiran seni tangan halus
    - Usahawan trading
    - Pewujudan sub kontraktor bumiputera
    - Usahawan hiliran NCER dan usahawan tani
    - Pembelian ruang niaga.
  8. Program Pembangunan Francais

    - Program Pembangunan Francais adalah satu program pemasaran berteraskan Konsep Pensyarikatan Malaysia bertujuan membangunkan usahawan-usahawan kecil dan sederhana (IKS) di sektor perdagangan, perkhidmatan dan perindustrian. Perlaksanaan Sistem Francais memungkinkan penyertaan IKS ke dalam satu rangkaian perniagaan tempatan dan antarabangsa yang besar tanpa risiko yang tinggi. Di bawah program ini, PKNK merupakan antara jabatan-jabatan dan agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk mengenalpasti perniagaan tempatan yang berdaya maju untuk dibangunkan sebagai syarikat induk atau francaisor dan juga memberi latihan, seminar serta bimbingan kepada usahawan-usahawan yang berminat menceburi di dalam bidang francais.
  9. Pusat Pembungkusan dan Perlabelan

    - PKNK telah mewujudkan sebuah pusat pembungkusan dan perlabelan untuk membantu pengusaha kecil dalam perusahaan makanan kering untuk menaik taraf pembungkusan dan perlabelan produk mereka. Pusat ini terletak di Lot 1 & 2, Tingkat Bawah Rumah Kedai Serba, Lebuhraya Sultan Abdul Halim 05150 Alor Setar, Kedah. Terdapat beberapa kelengkapan dan mesin yang dapat digunakan oleh pengusaha secara percuma serta bantuan perlabelan.
  10. Rancangan Masa Hadapan

    - Pusat Pengumpulan Produk Asas Tani - Projek akan dibangunkan di Jalan Lencongan Timur, Sungai Petani dengan kawasan seluas 3.36 ekar. - Secara dasarnya ia berperanan untuk mengumpul dan memasarkan barang-barang keluaran asas tani supaya dapat dipasarkan secara sistematik. - Projek telah dimulakan pada pertengahan Februari 2011 dan dijangka siap pada pertengahan Ogos 2011.
Lain-Lain Pautan:
mof mampu intan mida ehasil krste
Malaysia Kedah PKNK
© 2011 Hakcipta Terpelihara.
Pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.