2017 October 21, Saturday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

Di manakah terletaknya PKNK?

PKNK beralamat di Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar, Kedah.

Bilakah PKNK ditubuhkan?

PKNK ditubuhkan pada 25 Ogos 1965.

Apakah VISI dan MISI PKNK?

Visi PKNK ialah menjadi organisasi berpengetahuan cemerlang sebagai penjana pembangunan Negeri Kedah Darul Aman.

MISI PKNK ialah menjana pembangunan, pertumbuhan dan kemakmuran dalam sektor perindustrian, pertanian, e-perkhidmatan, pelancongan, hartanah, e-perdagangan dan keusahawanan berteraskan keilmuan, keusahawanan dan teknologi bagi mencapai matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

Apakah Objektif PKNK?

  • Menjana dan memperkasakan pertumbuhan sektor utama ekonomi Negeri Kedah
  • Membangunkan sosio ekonomi melalui pembasmian kemiskinan dan penyediaan peluang pekerjaan
  • Meningkatkan kemakmuran hidup rakyat Negeri Kedah

Apakah peranan yang dijalankan oleh PKNK ?

Peranan PKNK adalah sebagai agensi utama negeri bagi melaksana dan mempercepatkan pembangunan dan kemajuan sosio-ekonomi di Negeri Kedah. Selain itu, PKNK juga berperanan merencanakan rancangan pembangunan bandar dan luar bandar serta meningkat dan memperkukuhkan asas ekonomi bumiputera dengan melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera

Apakah aktiviti / sektor pelaburan yang diceburi oleh PKNK melalui anak syarikat milik PKNK sekarang?

Antara sektor pelaburan aktif yang telah PKNK ceburi kini adalah melalui anak syarikat hakmilik penuhnya adalah seperti berikut :-

  • Sektor Perladangan
  • Sektor Perindustrian
  • Sektor Hartanah
  • Sektor Perlancongan
  • Sektor Perkhidmatan

Syarikat manakah yang menguruskan ladang-ladang milik PKNK dan berapakah keluasan ladang-ladang tersebut?

Ladang-ladang milik PKNK diuruskan oleh Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) iaitu syarikat milik penuh PKNK. Sehingga kini, Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd (KLPK) telah menguruskan ladang seluas 28,110 ekar merangkumi 11 ladang milik PKNK dan 5 ladang milik persendirian.

Bagaimanakah cara untuk menempah Dewan di UKIR Mall, Alor Setar Kedah dan berapakah jumlah peserta yang dapat ditempatkan di dalam dewan tersebut?

Cara-cara untuk menempah Dewan di UKIR Mall adalah seperti berikut:

(i)Perlu membuat tempahan melalui Bahagian Pengurusan Hartanah & Penilaian PKNK ataupun Syarikat Darulaman Aset Sdn Bhd.

(ii)Mengisi borang yang telah disediakan dan kembalikan ke Bahagian Pengurusan Hartanah & Penilaian PKNK.

(iii)Bayaran deposit dikenakan sebanyak RM300.00 untuk memastikan kebersihan dan 50% daripada bayaran penuh dewan tersebut perlu dijelaskan semasa borang permohonan dikembalikan ke Bahagian Pengurusan Hartanah & Penilaian PKNK.

(iv) Bayaran dewan perlu dijelaskan sepenuhnya iaitu tujuh (7) hari sebelum dewan digunakan untuk program yang dirancang.

Dewan UKIR Mall boleh menempatkan 700 peserta seminar dan 400 tetamu untuk jamuan majlis perkahwinan pada satu-satu masa.

Tempahan dewan bolehlah dibuat dengan menghubungi pihak PKNK di talian 04-775 2316/2358/2317 atau Darulaman Aset Sdn Bhd 04-730 6468 atau 04-732 6676.

Apakah kemudahan yang telah disediakan dalam dewan di UKIR Mall untuk kegunaan pengguna yang akan menyewa?

Kemudahan-kemudahan yang telah disediakan ialah:

  • Audio dan Visual (ABA)
  • Kerusi Banquet, Meja Panjang & Meja Bulat
  • Karpet Merah
  • Bilik Penyediaan Makanan
  • Penghawa Dingin
  • Meja Berucap (Rostrum)
  • Sofa / Meja Kopi (Seminar Sahaja)

Apakah latihan-latihan keusahawanan yang ditawarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PKNK?

Bahagian Pembangunan Usahawan PKNK telah mengadakan beberapa latihan kepada usahawan-usahawan yang berdaftar dengan PKNK di negeri Kedah seperti berikut:

  • MS Word
  • MS Excel
  • MS Project
  • MS Powerpoint
  • Autocad
  • Photoshop
  • PC Troubleshooting – Hardware & Software
  • Program Business Coaching and Mentoring

Apakah jenis-jenis Latihan Pengenalan Keusahawanan?

PKNK menyediakan Latihan Pengenalan Keusahawanan seperti berikut:

  • Bengkel Asas Keusahawanan : Modul Pengenalan (Membina Perniagaan Cemerlang)
  • Pengurusan Kewangan Perniagaan
  • Finance For Non Finance Background Enterpreneurs
  • Asas Pemasaran Dan Kejurujualan
  • Pembungkusan dan Perlabelan
  • Pemasaran Menggunakan Media Sosial
  • Pembinaan Sistem Dalam Perniagaan
  • Strategi Dan Perancangan Perniagaan
  • Program kearah pensijilan HALAL
  • Pematuhan HALAL & Insentif Dalam Perniagaan

Apakah kemudahan yang PKNK sediakan kepada usahawan-usahawan di Negeri Kedah?

Antara kemudahan yang telah disediakan oleh PKNK kepada usahawan-usahawan ialah Dana Usahawan kepada usahawan-usahawan yang berdaftar dengan PKNK di seluruh Negeri Kedah.

  • Dana Usahawan (RM1,000.00 hingga RM50,000.00)
  • Dana Perayaan (RM1,000.00 hingga RM10,000.00)
  • Dewan/makmal untuk tujuan kursus serta pembelajaran komputer

Bagaimanakah cara hendak memohon Dana Usahawan PKNK?

Permohonan untuk mendapatkan Dana Usahawan PKNK:

  • Pembelian borang Dana Usahawan PKNK pada harga RM2.00 di Bahagian Pembangunan Usahawan
  • Borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan
  • Serahkan borang tersebut ke Bahagian Pembangunan Usahawan PKNK
  • Borang yang tidak lengkap diisi akan dikembalikan

Berapa lamakah tempoh masa yang diperlukan oleh usahawan untuk mengetahui keputusan Dana Usahawan?

Tempoh masa untuk mengetahui keputusan berjaya ataupun sebaliknya bergantung kepada pihak pengurusan yang menguruskannya. Kebiasaannya 3 hingga 4 bulan selepas tarikh permohonan dihantar ke Bahagian Pembangunan Usahawan PKNK.

Apakah syarat-syarat yang diperlukan untuk memohon Dana Usahawan?

Syarat-syarat bagi memohon Dana Usahawan PKNK:

  • Kertas kerja / gambar premis / salinan kad pengenalan / gambar permohonan / penjamin
  • Berumur 50 tahun ke bawah
  • Mempunyai lesen / permit / pendaftaran syarikat yang sah
  • Mempunyai premis / tempat perniagaan / tapak projek
  • Salinan perjanjian sewa / surat kebenaran penyewaan tanah / pajakan tanah
  • Penyata bank / bil utility (elektrik / air / telefon)

Apakah aktiviti pelancongan yang sedang dilaksanakan oleh PKNK?

Aktiviti pelancongan yang dilaksanakan oleh PKNK melalui sektor perhotelan antaranya ialah Hotel Sungai Petani Inn. Pihak Sungai Petani Inn telah menyediakan beberapa pakej menarik yang dilaksanakan melalui pakej-pakej yang ditawarkan. Antara pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan adalah :-

  • Pakej Warisan
  • Pakej Agro / Eko
  • Pakej Memancing

Pakej-pakej yang diperkenalkan di atas melibatkan lawatan-lawatan ke tempat-tempat pelancongan sekitar negeri Kedah khususnya di daerah Kuala Muda. Pakej yang ditawarkan menumpukan tempat lawatan yang berdekatan dengan hotel melalui pakej warisan dan pakej agro/eko antaranya adalah Tapak Arkeologi Sungai Batu, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Gunung Jerai, Pusat Penternakan Madu Kelulut dan Chalet Terapung Segantang Garam. Tempat-tempat menarik yang diketengahkan selain di kawasan Kuala Muda adalah rumah bot di Tasik Pedu di Kuala Nerang, Ladang Anggur di Tasik Beris dan juga Pusat Pertanian Batu Seketul di Sik, Kedah. Selain itu, ada di antara pakej turut menawarkan lawatan ke Pulau Lagenda, Pulau Langkawi sebagai tarikan kepada pelancong yang ingin melancong ke negeri Kedah Darul Aman. Bagi pakej memancing pula, jeti Kuala Dulang, Yan adalah sebagai laluan untuk membawa pemancing-pemancing ke ‘Tuas/Laluan Kapal’ memancing seharian di laut selain lawatan ke Ladang Nira Nipah di Sedakan, Yan, Kedah.

Selain itu, pakej pelancongan yang terbaru yang ditawarkan adalah melalui Pakej Sungai Batu yang menawarkan lawatan secara pakej selama 3 hari 2 malam. Antara aktiviti-aktiviti yang dikunjungi melalui pakej yang ditawarkan ini adalah menyusuri Sungai Merbok sambil mengekplorasi hutan paya bakau, selain membeli hasil laut dan makan makanan laut pada waktu malam di Tanjung Dawai. Selain itu, pakej ini turut disertakan lawatan ke Gunung Jerai serta Ladang Anggur Tasik Beris, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dan Pusat Penternakan Madu Kelulut di Merbok dan kemuncaknya adalah lawatan ke tapak Ekskavasi Arkeologi yang dipercayai adalah Tapak Warisan Tamadun Terawal di Asia Tenggara yang terletak hanya 15 minit perjalanan dari hotel.

Bagaimanakah hendak salurkan aduan?

Aduan boleh disalurkan melalui:

  • Secara Online di laman web PKNK www.pknk.gov.my
  • Secara talian mengikut jenis-jenis aduan:
          Aduan UMUM 04-775 2306 / 2307 / 2305
          Aduan Mengenai Kerosakan Infrastruktur Kawasan Perindustrian 04-775 2319 / 2370
          Aduan Mengenai Kerosakan Infrastrukur dan Premis Milik PKNK 04-775 2315 / 2350
          Keusahawanan 04-775 2412 / 2416
 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 9 Oktober 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.