2017 October 22, Sunday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

HARTANAH

Dalam tahun 80-an dan 90-an, PKNK bergiat aktif dalam sektor ini melalui pembukaan kawasan baharu seperti Bandar Bukit Kayu Hitam, Bandar Darulaman, Kulim, Sungai Petani, Kuala Muda dan Gurun. Melalui projek perumahan dan rumah kedai, PKNK telah membina sebanyak 1,075 unit rumah kediaman termasuk di Taman PKNK Kulim, Alor Setar, Bakar Arang, Tikam Batu dan turut membina 178 unit rumah kedai. Penglibatan PKNK dalam sektor hartanah juga melalui projek penswastaan bersama Eupe Kemajuan Sdn. Bhd iaitu melalui pembinaan 3,480 unit rumah kediaman dan rumah kedai di Taman Ria, 6,473 unit rumah di Taman Ria Jaya dan 545 unit rumah di Persiaran Cinta Sayang, Sungai Petani. Beberapa syarikat lain seperti Desani Enterprise Sdn. Bhd., Azham Corporation Sdn. Bhd. dan Khasada Sdn. Bhd. turut terlibat dalam projek penswastaan ini dengan membina 1,436 unit rumah kediaman.

Bermula sejak tahun 2000, PKNK telah membuka kawasan baharu untuk tujuan perumahan iaitu di Ladang Pinang Tunggal, Sungai Petani seluas 2,421.65 ekar dan Ladang Sungai Ular, Kulim seluas 5,670.81 ekar. Ketika ini, PKNK juga telah membangunkan semula rumah kedai milik PKNK yang sudah lama kepada bangunan baharu sesuai dengan keadaan semasa seperti UKIR Mall, UKIR Square dan Rumah Kedai di Kota Sarang Semut.

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 9 Oktober 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.