2017 March 24, Friday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

PROGRAM DANA USAHAWAN

Program Dana Usahawan merupakan program pembiayaan dana secara kredit mikro kepada usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi membantu usahawan di dalam meluaskan perniagaan sedia ada yang telah diceburi.

Had pemberian pembiayaan dana kredit mikro bermula sejumlah RM1,000.00 sehingga maksimum RM50,000.00. Borang permohonan pembiayaan dana boleh dibeli dengan harga RM2.00 di Bahagian Pembangunan Usahawan, Tingkat 7, Wisma PKNK.

Tempoh Pembayaran Balik :

Tempoh pembayaran balik pembiayaan dana adalah antara 1 tahun hingga 5 tahun sahaja

Perlindungan Insurans :

Usahawan PKNK yang menerima pembiayaan dana usahawan akan mendapat perlindungan insuran seperti yang ditetapkan oleh PKNK sepanjang tempoh pinjaman.

Syarat Kelayakan :

  • Berumur 18- 50 tahun serta gambar pemohon
  • Mempunyai perniagaan yang beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah
  • Mempunyai tempat lokasi perniagaan di Kedah sahaja
  • Satu pembiayaan bagi satu isi rumah sahaja.
 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 23 Mac 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.