2017 March 24, Friday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

KAWASAN PERINDUSTRIAN KULIM HI-TECH PARK

Kulim Hi-Tech Park (KHTP) adalah Taman Perindustrian Teknologi Tinggi bersepadu yang pertama di Malaysia. Ia dimajukan dengan kerjasama Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah.

KHTP dimajukan dan di uruskan oleh Kulim Technology Park Corporation Sdn Bhd (KTPC) syarikat milik penuh PKNK. Pembangunan KHTP menggabungkan komponen kawasan industri, kemudahan penyelidikan dan pembangunan, perumahan dan pusat komersial, institusi pendidikan dan perubatan serta kemudahan rekreasi. Kemudahan infrastruktur seperti bekalan elektrik, air, gas dan infostruktur (prasarana ICT) kualiti pada tahap tertinggi.

Keseluruhan kawasan pembangunan KHTP adalah seluas 4,510 ekar termasuk pembangunan fasa 4 seluas 410 ekar bagi memenuhi permintaan tinggi dari pelabur terutamanya pelabur luar Negara. Di antara pelabur utama ialah First Solar, Intel, Fuji, Infineon, dan Panasonic.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.khtp.com.my/

KHTP Brochure 2014 Layout Plan

Klik untuk muat turun Kawasan Perindustrian Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 23 Mac 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.