2017 August 18, Friday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

DASB

PENGENALAN

Semenjak diperbadanankan pada 25 Ogos, 1965 di bawah Enakment No. 5/1965 Kerajaan Negeri Kedah, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), melalui anak-anak syarikat miliknya telah banyak melibatkan dalam projek-projek pembangunan seperti pembangunan hartanah, pembangunan kormersial dan industri, pelancongan, sektor perkhidmatan, sektor pembuatan dan pengeluaran, sektor pembinaan dan pengendalian kuari & pembinaan. DASB Selaras dengan matlamat atau objektif korperat PKNK untuk mempertingkatkan prestasi Kumpulan melalui penceburan ke bidang baru, pihak PKNK telah mengaktifkan semula syarikat Darulaman Aset Sdn Bhd (DASB), yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan PKNK dengan modal berbayar sebanyak RM250,000.00 untuk mencebur dalam yang berkaitan pengurusan aset/hartanah. DASB telah diaktifkan pada 24 Ogos 2008 dan telah dipindahmilik kepada PKNK pada 1 Januari 2010.

SENARAI LEMBAGA PENGARAH DASB

1. YBhg. Dato' Haji Abd Rahim Bin Man (Pengerusi)

2. Tuan Haji Mustafar Bin Ahmad (Pengarah Eksekutif)

3. Tuan Haji Mohd Subri Bin Ahmad @ Md Ludin (Pengarah)

4. Tuan Haji Abdul Rahman Bin Abdullah (Pengarah)

Pengurusan:

Encik Zainudin Bin Atan (Ketua Pegawai Eksekutif)

Peranan DASB Selaku Ejen Pemasaran Bagi Unit Kediaman dan Rumah Kedai Baru Yang Dibina Oleh Pemaju Perumahan Di Negeri Kedah Darul Aman. SKOP KERJA DASB

Menjual semua lot milik bumiputra

Menjual lot bukan bumiputra

Menyediakan kemudahan bilik / ruang pameran

Mengemaskini data-data daripada REHDA, Pemaju dan PBT

Berurusan dengan PTG dan PTD

Bekerjasama dengan PTG untuk memastikan kedudukan lot bumiputra dan lot bukan bumiputra

Memberi khidmat nasihat kepada pembeli berkenaan khidmat guaman dan pinjaman perumahan

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 16 Ogos 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.