2017 March 24, Friday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

Program Coaching & Mentoring 2017

Program ini telah bermula pada 6-7 Februari dan 20 Februari 2017 yang melibatkan 344 orang usahawan terpilih. Program ini dikendalikan oleh Advance Coaching Resources yang dilantik oleh Perbadanan bagi memberikan input kepada usahawan-usahawan tersebut melalui Modul 'Membina Minda Keusahawanan' dan 'Konsep Perniagaan serta Perancangan Strategik dan Pelan Tindakan Perniagaan'.

Usahawan yang terpilih adalah usahawan yang menjalankan perniagaan di Negeri Kedah sahaja. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada para usahawan bagaimana mengendalikan perniagaan mereka dengan cara yang betul dan memupuk sikap-sikap yang positif di dalam diri mereka agar mereka berjaya dalam perniagaan yang mereka ceburi.

Program ini akan diteruskan dengan modul ketiga iaitu 'Pengurusan Kewangan pada 6 dan 7 Mac 2017, bertempat di Kedah Halal Park.

1

2

3

4

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 23 Mac 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.