2017 December 15, Friday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

Program Sempena Lawatan YAB Dato' Seri Diraja Menteri Besar Kedah Ke Daerah Kulim.

Pejabat Daerah dan Tanah Kulim telah mengadakan Program Sempena Lawatan YAB Menteri Besar Kedah Ke Daerah Kulim yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Diraja Ahmad Badshah bin Hanipah. Program tersebut berlangsung di Perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim.

Majlis ini bermula pada jam 9.30 pagi di mana YAB Dato’ Seri Diraja Menteri Besar Kedah merasmikan Monumen Dataran Kulim dan diteruskan dengan ucapan aluan oleh Pengawai Daerah Kulim, Tn. Hj Mohamad Bin Che Nai dan disusuli ucapan perasmian oleh YAB Dato’ Seri Diraja Menteri Besar Kedah. Program disusuli dengan Penyerahan Geran Tanah dan Pelancaran Kempen Membayar Cukai Tanah “REACH 60”. Antara yang turut hadir ke majlis ini adalah Exco Negeri Kedah YB Dato’ Norsabrina binti Mohd Noor, Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu YB Dato’ Abd Aziz bin Sheikh Fadzir, Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah, YBhg Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah serta dif-dif jemputan yang lain.

Selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah dan Pelancaran Kempen Membayar Cukai Tanah REACH 60, YAB Dato’ Seri Diraja Menteri Besar Kedah turut merasmikan Majlis Pelancaran Program “Al-Quran Di Hatiku- Satu Hari Satu Muka Surat” yang bertempat di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Taman Kenari, Kulim dan Majlis Pelancaran “Barakah Orang Muda Parlimen Kulim/Bandar Baharu” yang bertempat di Tapak Pasar Malam Junjong, Kulim.

YAB Dato’ Seri Diraja Menteri Besar Kedah juga turut membuat lawatan di Projek MBI/ECK Development Sdn Bhd, Projek PPA1M dan lawatan ke Projek Taman Desaku. Beliau mengambil kesempatan untuk beramah mesra dan meluangkan masa mendengar pelbagai masalah atau kekangan yang dihadapi oleh Jabatan, agensi negeri dan orang awam khususnya di daerah Kulim. Program sempena Lawatan YAB Menteri Besar Kedah ke Daerah Kulim ini berakhir pada jam 5.00 petang.

IMG-20170321-WA0015

IMG-20170321-WA0016

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 30 November 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.