2017 December 15, Friday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

Majlis Muafakat Asyura Perdana 1439H

Majlis Muafakat Asyura Perdana 1439H telah diadakan pada 28 September 2017 (Khamis) bertempat di Dataran Pahlawan, Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Penyertaan Majlis Asyura kali ini terdiri daripada Jabatan Kerajaan Negeri, Badan bukan Kerajaan (NGO) serta Syarikat-syarikat Swasta dan Pertubuhan-pertubuhan. Pada tahun ini juga, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah turut menyertai Majlis Asyura Perdana.

Majlis tersebut turut diserikan lagi dengan kehadiran YAB. Dato’ Seri Ahmad Bashah Bin Md. Hanipah, Menteri Besar Kedah Darul Aman serta YB. Dato’ Suraya Yaacob merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industry Asas Tani dan Pembangunan Usahawan serta Exco Negeri Kedah dan Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

YAB. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah berkenan membuat lawatan tapak pertandingan. Acara majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang yang telah dimenangi oleh Bahagian Sumber Manusia, Wisma Darulaman. Majlis tamat pada jam 2.00 petang.

IMG 2290

IMG 2388

IMG 2322

IMG 2418

IMG 2435

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 30 November 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.