2017 December 15, Friday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

Bengkel Kecemerlangan Dan Program Motivasi Pembentukan Akhlak Serta Sahsiah Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 (SPM)

Bengkel Kecemerlangan Dan Program Motivasi pembentukan akhlak serta sahsiah Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 (SPM) telah diadakan pada 05 hingga 07 Oktober 2017 bertempat di Sungai Petani Inn, Sungai Petani Kedah. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti akademik dan motivasi diri. Program ini merupakan program Lestari Ilmu yang dianjurkan sendiri oleh PKNK dan diuruskan oleh Unit Perhubungan Awam PKNK.

Jurulatih utama untuk program ini ialah Ustaz Muhamad Azki Hanafi Bin Ibrahim dari konsultan Smart Triple IQ dan guru-guru yang terpilih dan cemerlang terdiri daripada Encik Che Noranuwi Bin Hanif, Encik Rudzuan Bin Dali, Puan Wan Nor Arija Binti Wan Hamidon dan Puan Noor Anizah Binti Sebawai telah memberi taklimat mengenai mata pelajaran masing-masing dengan lebih terperinci. Seramai 110 orang pelajar telah mengikuti program yang dilaksanakan ini yang terdiri daripada 5 buah sekolah iaitu Kolej Sultan Abdul Hamid, SMK Tokai, SMK Amanjaya, SMK Taman Riajaya dan SMK Khir Johari. Peserta program ini juga turut disertai anak-anak anggota PKNK.

Bengkel Kecemerlangan Dan Program Motivasi Pembentukan Akhlak Serta Sahsiah Pelajar-Pelajar Tingkatan 5 (SPM) tamat pada 07 Oktober 2017, jam 1.00 tengahari dan Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Encik Khalid bin Salleh, Pengurus Unit Perhubungan Awam PKNK dan diiringi Penolong Pengarah daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan, Encik Mohd Asri bin Ahmad serta wakil konsultan Smart Triple IQ, Ustaz Muhamad Azki Hanafi Bin Ibrahim.

1

2

3

4

5

6

7

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 30 November 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.