2017 November 25, Saturday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

Program Lestari Ilmu PKNK Kem Potensi Jaya Diri Untuk Pelajar-Pelajar Di Pulau Tuba, Langkawi

Program Lestari Ilmu PKNK Kem Potensi Jaya Diri Untuk Pelajar-Pelajar Pulau Tuba telah diadakan pada 19 hingga 21 Oktober 2017 bertempat di Resort Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti luar dan motivasi diri. Program ini merupakan Program Lestari Ilmu yang dianjurkan oleh PKNK dan diuruskan oleh Unit Perhubungan Awam PKNK.

Jurulatih utama untuk program ini ialah Ustaz Muhamad Azki Hafizi Bin Ibrahim dari konsultan Smart Triple IQ Sdn Bhd. Seramai 102 orang pelajar telah mengikuti program yang dilaksanakan ini yang terdiri daripada 3 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba, Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior Dan Sekolah Kebangsaan Telok Chempedak pelajar-pelajar tersebut yang merupakan anak-anak penduduk di Pulau Tuba.

Kem Potensi Jaya Diri Untuk Pelajar-Pelajar Pulau Tuba tamat pada 21 Oktober 2017, jam 12.00 tengahari dan Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Encik Khalid bin Salleh, Pengurus Unit Perhubungan Awam PKNK dan diiringi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pulau Tuba, Encik Ahmad Zifni Bin Adeli serta wakil konsultan Smart Triple IQ, Ustaz Muhamad Azki Hafizi Bin Ibrahim.

IMG 3194

IMG 3498

IMG 3515

IMG 3813

IMG 3856

IMG 3865

IMG 3867

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 21 November 2017 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.