2018 February 18, Sunday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

Perhimpunan Bulan Januari 2018 Dan Majlis Pelancaran Pelaksanaan Transformasi PKNK

Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pelancaran Pelan Pelaksanaan Transformasi PKNK telah diadakan pada 07 Januari 2018 (Ahad) bertempat di Ruang Legar Wisma PKNK. Majlis tersebut dimulakan dengan Lagu Negara Ku, Lagu Negeri Kedah dan Lagu Perkhidmatan Awam diiringi oleh Kumpulan Koir Transformasi PKNK.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa serta ucapan dan amanat oleh Y.Bhg. Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah, Ketua Eksekutif PKNK dan seterusnya merasmikan Pelancaran Pelaksanaan Transformasi PKNK dan majlis diakhiri dengan nyanyian Kumpulan Koir Transformasi PKNK. Selain itu, majlis dimeriahkan lagi dengan acara pembukaan kaunter pemeriksaan kesihatan secara percuma oleh Kedah Medical Center (KMC) kepada warga kerja PKNK.

IMG 5881

IMG 5914

IMG 5953

IMG 5978

IMG 6004

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 22 Januari 2018 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.