2018 February 18, Sunday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

Majlis Serahan Bantuan Persekolahan Sesi 2018 Sekolah Pendidikan Islam/Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (SPI/KAFA) Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan Persekolahan Sesi 2018 Sekolah Pendidikan Islam/Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (SPI/KAFA) Daerah Kota Setar, Kedah Darul Aman yang telah diadakan pada 29 Disember 2017 bertempat di The Regency Alor Setar, Kedah Darul Aman yang dihadiri oleh Y.Bhg Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Hj Abdul Rahman bin Abdullah dan Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Tuan Syeikh Hasbullah bin Md Mukhtar.

PKNK telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM 15,000 untuk kegunaan dan kemudahan pelajar Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) merangkumi 10 buah KAFA yang terpilih di daerah Kota Setar. Antaranya ialah KAFA Masjid Ubudiyyah Mergong, KAFA Surau Taman Wira, KAFA SK Seri Pantai, KAFA SK Kuala Kedah, KAFA SK Telaga Mas, KAFA SK Bukit Pinang, KAFA SK Telok Kechai, KAFA SK Kampong Gelam, KAFA Sk Buluh Lima dan KAFA SK Alor Setar.

PKNK juga telah bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) untuk mengenal pasti pelajar KAFA yang kurang berkemampuan bagi menerima bantuan tersebut yang telah melibatkan sebanyak 100 pelajar. Program tanggungjawab social korporat (CSR) PKNK ini diharap dapat membantu meringankan beban ditanggung keluarga pelajar dalam menyediakan keperluan anak-anak mereka.

IMG 5717

IMG 5731

IMG 5764

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 22 Januari 2018 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.