2018 February 18, Sunday
    W3C Malay Chinese (Simplified) English

Majlis Serahan Bantuan Persekolahan Sesi 2018 Sekolah Transformasi Daerah Kota Setar (Sekolah Kebangsaan Mergong)

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan Persekolahan Sesi 2018 Sekolah Transformasi Daerah Kota Setar (Sekolah Kebangsaan Mergong) yang telah diadakan pada 11 Januari 2018 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Mergong, Alor Setar, Kedah. Majlis Serahan Bantuan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman YAB Dato’ Seri Diraja Ahmad Bashah bin Md. Hanipah dan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Agama, Pelancongan dan Warisan, YB Dato’ Hj Mohd Rawi bin Hj Abd. Hamid dan Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Program tanggungjawab social korporat (CSR) PKNK ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka. PKNK telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM 20,000 kepada 200 pelajar yang kurang berkemampuan. Setiap pelajar telah menerima beg sekolah dan wang tunai sebanyak RM100 daripada PKNK.

IMG 6185

IMG 6233

IMG 6314

IMG 6349

 
Kedah  Malaysia  myGov Mobile  Laman Web Rasmi Perbendaharaan Malaysia   HRMIS   JPA   mida ehasil 

 
© 2013 Hakcipta Terpelihara.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)
Tingkat 14, Wisma PKNK, Jalan Sultan Badlishah
05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman
Tel: 04-775 2455
Faks: 04-731 2957
Sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1024 x 768,
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome,
Mozilla Firefox dengan perisian Adobe Flash Player
Kemaskini Terakhir: 22 Januari 2018 08:00am

Penafian : Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.