Bagi mencapai matlamat Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah untuk menerajui pembangunan ekonomi negeri Kedah, PKNK telah terlibat secara aktif dalam semua bidang pembangunan dan perniagaan termasuklah pertanian, pelancongan, pelaburan, industri dan hartanah.

PKNK juga melibatkan diri dalam perkhidmatan insuran melalui anak syarikat milik penuh PKNK, KSDC Insurance Brokers Sdn Bhd dan juga dalam bidang perubatan, melalui syarikat bersekutu, Kedah Medical Centre Sdn Bhd.

 
Antara projek yang disenaraikan dibawah Rancangan Malaysia Ke-9 adalah :-
Dataran Usahawan
Pembangunan Semula Kompleks Hentian bas Ekspress Dan Gerai Peniaga Bumiputera, Sungai Petani
Infrastruktur Asas kompleks Perniagaan Untuk Usahawan Di Hosba
Pembinaan Kompleks perniagaan Untuk Usahawan di Hosba
Bengkel IKS di Kota Kuala Kedah
Pusat Perniagaan Usahawan Kuala Kedah
Kedah Halal Park
Pembangunan Kawasan Perindustrian Gurun Fasa II
Pembinaan Gudang Untuk usahawan Bumiputera di Bukit Kayu Hitam
Penyelenggaraan Kawasan-Kawasan Industri
   
Projek-projek lain yang sedang dilaksanakan oleh PKNK adalah : -
Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam Fasa III
Pembangunan semula SP Inn
Pembangunan Semula Peranginan Gunung Jerai