Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi di atas kejayaan pihak Pengurusan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) melahirkan laman web ini. Menerusinya pihak Kerajaan Negeri berharap akan berpeluang untuk menyalurkan berbagai bentuk maklumat berkenaan dengan aktivitinya ke arah membina sebuah kerajaan untuk kesejahteraan semua lapisan rakyat.
Pihak Kerajaan Negeri telah meletakkan kepercayaan dan harapan yang tinggi kepada PKNK sebagai salah satu agensi utama yang dipertanggungjawabkan untuk menjana pembangunan ekonomi negeri Kedah dalam bidang-bidang yang berpotensi sekaligus memajukan ekonomi rakyat negeri Kedah Darul Aman.
Laman web ini juga  boleh dijadikan sebagai satu lagi wadah kepada pihak PKNK untuk menyebarkan segala maklumat tentang aktiviti ekonomi dan sosialnya dari semasa ke semasa.
Dengan wujudnya laman web ini juga saya berharap ia akan dapat membantu PKNK untuk menyalurkan maklumat-maklumat yang berguna kepada para usahawan dan juga para pelabur serta kepada lain-lain pihak yang berkepentingan samada di peringkat tempatan ataupun dari luar negara.