BERITA TERKINI
𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐞𝐫𝐛𝐚𝐝𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐣𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐞𝐝𝐚𝐡 (𝐏𝐊𝐍𝐊) 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐥𝐚𝐰𝐚 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭-𝐬𝐲𝐚𝐫𝐢𝐤𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐋𝐏𝐈𝐏𝐌 (𝐂𝐈𝐃𝐁) 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐫𝐚𝐟 𝐁𝐮𝐦𝐢𝐩𝐮𝐭𝐞𝐫𝐚/𝐓𝟏, 𝐆𝐫𝐞𝐝 𝐆𝟕 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐤𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐂𝐄𝟐𝟏 𝐝𝐚𝐧 𝐂𝐄𝟑𝟔 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐭𝐚𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭: 🔹 CADANGAN PEMBANGUNAN ZON INDUSTRI FASA 5 KULIM HI TECH PARK BESERTA KERJA-KERJA INFRASTRUKTUR BERKAITAN DI ATAS LOT 95, 96, 97, 125, 12744 DAN SEBAHAGIAN LOT 3569 MUKIM BANDAR LUNAS, DAERAH KULIM, KEDAH DARUL AMAN -PAKEJ 1 (TENDER SEMULA) 📌 Taklimat & Lawatan Tapak 🗓️ Tarikh: 19 Oktober 2026 (Isnin) ⏰ Masa: 11.00 pagi 📍 Tempat: KHTP Sports Complex, 19, Jalan Hi-Tech 1, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah. 📄 Jualan Dokumen Tender Bermula pada 19 Oktober 2026 Selepas Sesi taklimat dan Lawatan Tapak 💰 Harga: RM1,500.00 / Pendrive 📮 Tarikh & Masa Tawaran Ditutup 🗓️ 10 November 2026 (Selasa) ⏰ Sebelum jam 12.00 tengah hari 📍 Peti Tender Unit Perolehan, PKNK 📞 Sebarang pertanyaan: Unit Kontrak & Ukur Bahan Bahagian Teknikal PKNK ☎️ 04-7297035 (waktu pejabat) Unit Perolehan ☎️ 04-7297024 (waktu pejabat) 🔗 Maklumat lanjut juga boleh didapati di: 🌐 www.pknk.gov.my 📘 Facebook Rasmi #PKNK #MenerajuDanMemacu #TheGreaterKedah
𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐊𝐔𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐊𝐍𝐊 #PKNK #MenerajuDanMemacu #GunungJerai #TheGreaterKedah #KedahSejahteraNikmatUntukSemua
𝐏𝐊𝐍𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐒𝐀 𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐅𝐎𝐑𝐌𝐀𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐎𝐋𝐄𝐇𝐀𝐍 GURUN, 30 September hingga 1 Oktober 2026 - Unit Perolehan, Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah menganjurkan Kursus Transformasi Perolehan kepada Kumpulan Pengurusan PKNK selama dua hari bertempat di The Jerai Hill Resort, Gurun. Kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta kompetensi kumpulan pengurusan dalam memastikan pengurusan perolehan PKNK dilaksanakan secara teratur, telus, berintegriti dan mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kursus ini turut disampaikan oleh Encik Muhammad Hanif Fadhli bin Mohd Rozi, Unit Pematuhan / Sektor Dasar Perolehan & Akreditasi, Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK), Kementerian Kewangan Malaysia sebagai penceramah. Perkongsian ilmu dan pengalaman yang diberikan diharapkan dapat memperkukuh kefahaman kumpulan pengurusan dalam membuat keputusan berkaitan perolehan serta meningkatkan kecekapan dan tadbir urus perolehan di PKNK. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta atas komitmen dan penyertaan sepanjang kursus. Semoga ilmu yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya menyokong usaha transformasi perolehan PKNK. #PKNK #menerajudanmemacu #KedahSejahteraNikmatUntukSemua
𝐏𝐊𝐍𝐊 𝐓𝐄𝐑𝐎𝐊𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐁𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐃𝐈 𝐏𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐏 PADANG TERAP, 28 September 2026 - Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah mengadakan sesi lawatan tapak ke kawasan Ladang Charuk Genting Bunga dan Ladang Sungai Kap, Daerah Padang Terap bagi mengenal pasti status semasa tanaman serta potensi pelaburan bagi cadangan pembangunan Agro Forestry bersama pihak Boustead Plantation. Turut hadir bersama pihak pengurusan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd dan pihak pengurusan operasi Ladang Bukit Nguan. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PKNK dalam meneroka peluang pelaburan berpotensi yang baharu dan strategik, khususnya yang mampu memberikan nilai tambah kepada aset hartanah. Langkah ini selaras dengan aspirasi PKNK untuk memperkukuh pembangunan ekonomi negeri Kedah, mengoptimumkan nilai aset serta meneroka peluang kerjasama strategik yang berimpak tinggi dan berdaya maju. #menerajudanmemacu #TheGreaterKedah #KedahSejahteraNikmatUntukSemua