Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan kerjasama Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) menjemput usahawan-usahawan negeri Kedah di luar sana untuk menyertai program Taklimat Pembiayaan Perniagaan PUNB sempena Program Jerayawara @ Alor Setar, Kedah yang akan diadakan pada 21 Februari 2024 (Rabu) di Dewan Ukir Mall, Alor Setar, Kedah.

Usahawan boleh ketahui dengan lebih lanjut mengenai pembiayaan perniagaan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PUNB serta terdapat pelbagai perkongsian menarik yang dapat memajukan lagi perniagaan anda.

Menarik bukan?

Jom usahawan-usahawan Kedah ‼️ lekaih-lekaih daftar ‼️
WAJIB daftar untuk pengesahan kehadiran ya. Tempat TERHAD ‼️

Imbas kod QR yang tertera atau klik https://qrco.de/TaklimatKedah untuk pendaftaran.

#pknkmenerajudanmemacu #JerayawaraPUNB #UsahawanKedah #TaklimatPerniagaan #UkirMall