Pembangunan Usahawan

Pembangunan Usahawan

Program pembangunan usahawan adalah untuk melahirkan golongan professional dan menengah bumiputera. Ianya dilaksanakan dengan mempertingkatkan keberkesanan perlaksanaan program Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera.

 

PKNK memainkan peranan untuk mengembang dan memperkukuhkan perniagaan para usahawan supaya menjadi usahawan glokal yang berjaya dan berani menghadapi cabaran melalui Program Dana Usahawan, Program Pembudayaan Keusahawanan, Program Pembangunan Perniagaan dan Program Penganjuran Misi Perdagangan.

 

Melalui Program Penyediaan Infra Usahawan seperti pembinaan premis perniagaan dapat membantu usahawan bumiputera memiliki bangunan-bangunan perniagaan ditempat yang strategik dan berdaya maju.

 

Antara Program Pembangunan Usahawan :

 

  • Program Dana Usahawan

  • Program Pembudayaan Keusahawanan

  • Program Pembangunan Perniagaan/ produk/ Promosi dan Pemasaran

  • Program Infra Usahawan

  • Program ' Business Coaching & Mentoring'

  • Program Pembangunan Francais Tempatan

  • Program Latihan Lanjutan dan Peningkatan / Seminar

Categories

Aktiviti Utama