Pelancongan

Pelancongan

Sektor pelancongan turut diberi tumpuan dalam usaha untuk mengukuhkan aktiviti pelancongan di negeri Kedah. PKNK telah menceburkan diri di dalam bidang ini melalui anak-anak syarikat milik penuh iaitu Kedah Resort Sdn Bhd dan PKNK Hotels Sdn Bhd. Syarikat-syarikat ini yang memiliki dan menguruskan hotel di Alor Setar dan Sungai Petani serta resort di Gunung Jerai. Anak-anak syarikat lain seperti Tanjung Rhu Land Sdn Bhd merupakan pemaju pembangunan hartanah dan pelancongan di Tanjung Rhu, Langkawi.

 

Kumpulan BDB pula menawarkan hotel berkonsepkan pangsapuri dan padang golf serta rekreasi di Jitra iaitu Darulaman Suites dan Darulaman Golf & Country Club serta Kulim Golf & Country Resort Sdn Bhd (KGCR) juga menyediakan padang golf dan resort untuk kemudahan pengunjung dan pelancong.

 

Usaha-usaha terus dilaksanakan bagi memastikan perkhidmatan dan produk pelancongan dipertingkatkan untuk memberi kepuasan kepada para pengunjung. Produk pelancongan di Gunung Jerai dipertingkatkan seperti penanaman pelbagai spesis orkid yang unik dan bernilai tinggi serta cendawan shitake, pembangunan The Royal Jerai Botanical Park mampu menjadi tarikan baru.

Categories

Aktiviti Utama