Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan Sumbangan Kepada Pelajar-Pelajar Miskin di Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja, Kulim yang telah diadakan pada 19 Julai 2018 (Khamis) bertempat di Dewan SK Lindungan Raja, Kulim, Kedah. Majlis Serahan Bantuan tersebut telah dirasmikan oleh YB Encik Azman bin Nasrudin dan majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Encik Yeo Keng Chuan serta diiringi oleh Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNK ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan persekolahan. PKNK perihatin dalam membantu pelbagai pihak. PKNK telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM15,000.00 kepada 150 pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan. Setiap pelajar yang terpilih sahaja menerima sebuah beg sekolah dan wang tunai sebanyak RM100 daripada PKNK.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Kerja PKNK Bagi Tahun 2018 pada 07 Jun 2018 (Khamis) bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah. Majlis berbuka puasa tersebut dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Hj Abdul Rahman Abdullah serta warga kerja PKNK.

Majlis ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan yang harmoni antara warga kerja PKNK. Majlis seperti ini dapat memberi semangat kekitaan antara pengurusan kanan, pengurus-pengurus serta warga kerja pada masa akan datang.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz Bagi Tahun 2018 pada  29 Mei 2018 (Selasa) bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah. Majlis berbuka puasa tersebut dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Hj Abdul Rahman Abdullah serta pengurusan atas PKNK.

Majlis tersebut dimulakan dengan persembahan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Islam Hidup Matiku (IHMK), Jitra dan persembahan Qasidah dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian duit raya serta cenderamata kepada anak-anak yatim serta pelajar tahfiz sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis berbuka puasa tersebut diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz yang kurang berkemampuan bagi menyambut bulan Syawal.

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah Darul Aman telah melaksanakan Program Bantuan Baucar Daging Percuma Sempena Aidilfitri Kepada Golongan Miskin Tegar Dan Miskin pada 12 jun 2018 bertempat di DUN Ayer Hitam.  Program tersebut dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir dan diserikan lagi dengan kehadiran Y.Bhg Tuan Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman Abdullah.

Pada 13 Jun 2018, pengagihan daging telah diagihkan kepada 35 DUN dan Skuad Prihatin PKNK seramai 60 orang ahli pada julung kalinya telah turun ke padang bagi mengendalikan program pengagihan daging tersebut kepada golongan miskin tegar dan miskin sekaligus dapat mengenal masyarakat setempat dengan lebih dekat lagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan keperihatinan kepada golongan yang kurang bernasib baik dan terpinggir.