Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Yatim Dan Pelajar Tahfiz Bagi Tahun 2018 pada  29 Mei 2018 (Selasa) bertempat di The Jerai Hotel, Alor Setar, Kedah. Majlis berbuka puasa tersebut dihadiri oleh Y.Bhg Tuan Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Hj Abdul Rahman Abdullah serta pengurusan atas PKNK.

Majlis tersebut dimulakan dengan persembahan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Islam Hidup Matiku (IHMK), Jitra dan persembahan Qasidah dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian duit raya serta cenderamata kepada anak-anak yatim serta pelajar tahfiz sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis berbuka puasa tersebut diadakan bagi meraikan anak-anak yatim dan pelajar tahfiz yang kurang berkemampuan bagi menyambut bulan Syawal.