Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan Sumbangan Kepada Pelajar-Pelajar Miskin di Sekolah Kebangsaan Seri Lindungan Raja, Kulim yang telah diadakan pada 19 Julai 2018 (Khamis) bertempat di Dewan SK Lindungan Raja, Kulim, Kedah. Majlis Serahan Bantuan tersebut telah dirasmikan oleh YB Encik Azman bin Nasrudin dan majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Encik Yeo Keng Chuan serta diiringi oleh Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNK ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar yang kurang berkemampuan dalam menyediakan keperluan persekolahan. PKNK perihatin dalam membantu pelbagai pihak. PKNK telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM15,000.00 kepada 150 pelajar yang miskin dan kurang berkemampuan. Setiap pelajar yang terpilih sahaja menerima sebuah beg sekolah dan wang tunai sebanyak RM100 daripada PKNK.