Program Kecemerlangan Dan Motivasi Diri Pelajar-Pelajar SPM bagi tahun 2018 telah diadakan pada 09 hingga 11 Ogos 2018 bertempat di The Jerai Hotel, Sungai Petani, Kedah.  Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti akademik dan motivasi diri. Program ini merupakan program Lestari Ilmu yang dianjurkan sendiri oleh PKNK dan diuruskan oleh Unit Perhubungan Awam PKNK.

Jurulatih utama untuk program ini ialah Puan Dyna Ahmad dari Rexcel Training dan seramai 110 orang pelajar telah mengikuti program yang dilaksanakan ini yang terdiri daripada 6 buah sekolah iaitu SMK Tunku Sulong, SMK Selama, SMK Agama Kedah, SMK Seri Pantai, SMK Tokai dan Kolej Sultan Abdul Hamid.

Program Kecemerlangan Dan Motivasi Diri Pelajar-Pelajar SPM tamat dengan jayanya pada 11 Ogos 2018, jam 1.00 tengahari dan Majlis Perasmian Penutupan telah dirasmikan oleh Puan Syivani Mat Jusoh mewakili Pengurus Unit Perhubungan Awam PKNK dan diiringi Pengetua SMK Seri Pantai, Encik Ku Azizan Ku Baharum serta wakil konsultan Rexcel Training & Event Consultancy, Puan Dyna Ahmad.