PKNK telah menyertai perarakan Hari Kemerdekaan Ke-62 pada 31 Ogos 2019 yang lalu. Acara yang disambut meriah itu turut dihadiri oleh YTM Tuanku Sultan & Sultanah Kedah yang sudi mencemar duli, YAB Menteri Besar Kedah serta tetamu-tetamu kehormat yang lain. Bagi pertandingan kawad dalam acara perarakan tersebut, PKNK menduduki tempat ke-16 dari keseluruhan 34 kontinjen yang mengambil bahagian.