Program Bengkel Tunas Niaga PROTUNe 2019 sesi yang ke-3 telah diadakan dengan jayanya pada 22 Ogos 2019 yang lalu. Program yang diadakan di Darulaman Golf & Country Club, Jitra itu disertai oleh wakil-wakil pelajar tingkatan 4 dari 30 buah sekolah menengah seluruh negeri Kedah. Program tersebut adalah hasil kerjasama di antara PKNK dan Kulim Technology Park Corporation selaku fasilitator sepanjang program itu berlangsung.