Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah mengadakan satu Majlis Serahan Bantuan Sumbangan Zakat Kepada Pelajar-Pelajar Yatim, Miskin Dan Asnaf yang telah diadakan pada 06 Oktober 2018 bertempat di Sekolah Kebangsaan Dato’ Haji Zainuddin, Serdang, Kedah. Majlis Serahan Bantuan tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman YAB Dato’ Seri Haji Mukhriz bin Tun Mahathir dan diiringi oleh Ketua Eksekutif PKNK, Tuan Haji Abdul Rahman bin Abdullah.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) PKNK ini diharap dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga pelajar dalam menyediakan keperluan persekolahan anak-anak mereka. PKNK telah menyumbangkan peruntukan sebanyak RM 20,000 kepada 200 pelajar yang kurang berkemampuan. Setiap pelajar telah menerima beg sekolah dan wang tunai sebanyak RM100 daripada PKNK.