6 Januari 2022, Khamis - Telah berlangsung Bengkel Penyeragaman Dasar Perakaunan Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah mengikut Malaysian Public Sector Accounting Standard (MPSAS) dan Malaysian Financial Reporting Standard (MFRS), Bengkel ini dikendalikan oleh En. Zuhairi bin Dziaruddin (Rakan Kongsi Aljeffri & Co.) selama 2 hari satu malam bertempat di The Jerai Sungai Petani, Kedah dan dihadiri oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Pengurusan dan warga kerja daripada PKNK dan Syarikat Kumpulan PKNK.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan berkenaan Malaysian Public Sector Accounting Standard (MPSAS), mengenal pasti perbezaan utama (key difference) antara Malaysian Public Sector Accounting Standard (MPSAS) dan Malaysian Financial Reporting Standard (MFRS) juga memahami bentuk pelaporan penyata kunci kira-kira, penyata untung rugi, penyata perubahan ekuiti dan penyata aliran tunai dalam Malaysia Private Entities Reporting Standard (MPERS. Bengkel ini juga memberi penekanan kepada Syarikat Kumpulan PKNK bagi pelarasan yang perlu diberi tumpuan sebelum akaun kumpulan disatukan.