KAWASAN PERINDUSTRIAN KUALA KETIL

 Kawasan Perindustrian Kuala Ketil (KPKK) telah dibangunkan pada tahun 1994 dengan keluasan 348.58 ekar. Lokasinya hanya 1 km dari bandar Kuala Ketil dan 35 km dari Pelabuhan Pulau Pinang.

Terdapat sebanyak 35 lot tanah kilang dan 24 unit kilang berkembar. Jenis industri yang terdapat di KPKK terdiri daripada fabrikasi keluli, peralatan pembedahan, perkayuan, produk berasaskan getah, serta elektrikal dan elektronik.

PKNK juga telah membina sebanyak 12 unit bangunan teres 3 tingkat untuk industri burung walit yang dikenali sebagai Taman Eko Burung Walit.

KK

Klik untuk muat turun Kawasan Perindustrian Kuala Ketil.