Visi

MENERAJU DAN MEMACU

Visi ini menggambarkan hasrat dan tekad PKNK untuk menjadi sebuah organisasi yang unggul di Negeri Kedah di dalam konteks pembangunan ekonomi negeri melalui bidang-bidang perniagaan dan segmen pelaburan yang diceburi

Ianya juga memperlihatkan komitmen organisasi untuk berubah menjadi sebuah organisasi profesional, strategik, inklusif dan berorientasikan prestasi tinggi sekaligus membolehkan PKNK dilihat sebagai sebuah entiti yang berwibawa dan disegani di peringkat tempatan mahupun nasional.

Ianya juga menunjukkan dengan jelas matlamat organisasi untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang makmur dan sejahtera melalui peningkatan aktiviti ekonomi, pewujudan peluang pekerjaan, perubahan lanskap geografi dan perkembangan sosial masyarakat baik di dalam mahupun diluar bandar selaras dengan slogan PKNK-Untuk Kemajuan Iktisad Rakyat(UKIR).

Misi

Menggiatkan usaha pembangunan sektor ekonomi sedia ada dan meneroka peluang ekonomi baharu dengan lebih kreatif dan strategik melalui perancangan jangka panjang yang berimpak tinggi.

Mengukuhkan keupayaan organisasi di dalam menjana keuntungan dan pulangan daripada aktiviti pelaburan yang dijalankan.

Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan organisasi.

Memastikan tahap kepuasan pelanggan yang tinggi melalui penghasilan produk dan pengurusan perkhidmatan yang berkualiti dan inovatif

Memperkasa pematuhan melalui pembudayaan integriti tadbir urus berkesan di dalam organisasi.

Mengoptimakan produktiviti dan keberkesanan sistem penyampaian melalui automasi dan teknologi.

Memacukan anjakan paradigma masyarakat khususnya komuniti bumiputera di dalam melahirkan generasi usahawan yang berdaya saing tinggi serta jenama bisnes yang kukuh di dalam pasaran.

Menjadikan PKNK sebagai agensi yang berwibawa melalui pembentukan modal insan dan kepimpinan organisasi yang komited, kompeten, cekap serta professional.