SEJARAH AWAL KEMUNCULAN
Pada peringkat awal kemunculan, PKNK beroperasi di sebuah ruang pejabat yang terletak di Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Alor Setar. Sementara kakitangannya pula terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang dipinjamkan daripada Perkhidmatan Tadbir Negeri.
Pada bulan Februari 1968, PKNK berjaya memiliki pejabat sendiri yang pertama iaitu Bangunan UKIR yang terletak di Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar. UKIR yang bermaksud “Untuk Kemajuan Iktisad Rakyat” hingga kini menjadi inspirasi kepada PKNK untuk mengembangkan dimensi korporatnya.