Melahirkan anggota Perbadanan yang berpengetahuan serta mempunyai budaya kerja terbaik melalui penerapan nilai-nilai Islam dan modal insan kelas pertama.
Merealisasikan misi Kerajaan Negeri ke arah “Kedah Sejahtera” dengan mengaplikasikan lima teras utama misi nasional.
Membantu meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi dengan mempergiatkan sektor pembuatan dan perkhidmatan melalui aktiviti berasaskan pengetahuan dan inovasi.
Membantu memperkasakan sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian dengan menggalakkan penggunaan aplikasi bioteknologi sebagai suatu agen tambah nilai.
Mengutamakan imej korporat Perbadanan selaras dengan aspirasi “Kedah Sejahtera” serta memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.
Menjadikan sektor ICT dan teknologi tinggi sebagai jentera utama pertumbuhan Perbadanan.
Menjadikan Perbadanan sebagai penjana dan peneraju di dalam sektor pertanian, hartanah, perindustrian, perdagangan, perkhidmatan dan pelancongan.
Membangunkan usahawan Bumiputera yang berdaya maju, berdaya saing dan berkaliber secara berterusan yang dapat menembusi pasaran global.