ππππ ππππππππ ππππππ ππππ ππππππππ ππππππππ ππππππ πππππππ ππππππππ ππππππππ ππππ ππππ ALOR SETAR, 9 Disember 2025 β Menteri Besar Kedah, YAB Datoβ Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini merasmikan Kursus Lembaga Pengarah Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) 2025 yang diadakan di Ukir Mall, Alor Setar. Program berkenaan turut dihadiri Ahli Lembaga Pengarah PKNK dan Kumpulan PKNK, jabatan kerajaan serta wakil anak-anak syarikat Kumpulan PKNK. Kursus berprestij ini mengetengahkan tema βEffective governance begins in the boardroom, where leadership shapes the futureβ, seiring dengan agenda pemerkasaan tadbir urus di bawah Pelan Transformasi PKNK 2.0. Melalui pelan tersebut, PKNK terus memperkukuh prinsip akauntabiliti, ketelusan, integriti, pengurusan risiko serta kerjasama strategik dengan pemegang taruh bagi menjana nilai mampan kepada negeri Kedah. Program diteruskan dengan forum bertajuk βHow Boards Shape Corporate Successβ yang menampilkan YAB Menteri Besar Kedah, Datoβ Seri Hj. Sanusi Md Nor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation (KTPC), Datoβ Hj. Mohd Sahil Zabidi; Partner PwC Malaysia, Encik Tariq Murad; serta panel jemputan lain yang berkongsi pandangan mengenai peranan lembaga pengarah dalam memperkukuh daya saing organisasi. Majlis berlanjutan sehingga petang dengan pengisian beberapa modul yang memberi penekanan kepada peningkatan keupayaan kepimpinan dan pengukuhan tadbir urus korporat secara menyeluruh. #60tahunpknk #menerajulegasimemacumasadepan
ππππππ ππππππ πππππ πππππ πππ ππππππππ πππππ-ππππππ ππππ ππππ/ππππ ALOR SETAR, 7 Disember 2025 β Majlis Jamuan Makan Malam The Institution of Engineers, Malaysia (IEM) Cawangan KedahβPerlis telah berlangsung dengan penuh meriah yang bertempat di Royal Kedah Club, Alor Setar. Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu menghimpunkan para jurutera profesional, ahli teknikal serta wakil agensi kerajaan dan swasta dalam suasana penuh mesra dan harmoni. Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), YBhg. Dato' Wira Hj. Isahak bin Murat, bersama wakil PKNK sebagai tanda sokongan terhadap kerjasama strategik dan pembangunan profesional dalam sektor kejuruteraan negeri. Penganjuran majlis ini bukan sahaja mengukuhkan jaringan profesional, malah menjadi platform bagi perkongsian pandangan teknikal serta mempererat hubungan antara pihak industri, kerajaan dan komuniti jurutera di Kedah dan Perlis. Majlis diteruskan dengan sesi ramah mesra, jamuan makan malam, cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati sebagai tanda penghargaan kepada para tetamu dan rakan strategik. #60tahunpknk #menerajulegasimemacumasadepan
FORUM : HOW BOARD SHAPE CORPORATE SUCCESS 8 DISEMBER 2025 | UKIRMALL
KURSUS LEMBAGA PENGARAH KUMPULAN PKNK : HOW BOARD SHAPE CORPORATE SUCCESS 8 DISEMBER 2025 | UKIR MALL
