Dalam usaha untuk mempertingkatkan keberkesanaan Program Masyarakat Perdagangan Dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). PKNK berperanan untuk mengembangkan dan mengukuhkan perniagaan para usahawan supaya menjadi usahawan glokal yang berjaya dan berani menghadapi cabaran melalui Program Pembudayaan Keusahawanan (PROTUNe), Latihan Pemantapan Keusahawanan, Program Business Coaching And Mentoring, Penyediaan Infra Perniagaan, Program Kedah Food Valley, penyertaan dalam aktiviti Promosi Dan Pemasaran dan Penyediaan Pengkalan Data Usahawan
AKTIVITI UNIT KEUSAHAWANAN
- Pembangunan PROTUNE
- Latihan Pemantapan Keusahawanan
- Program Business Coaching & Mentoring'
- Kedah Food Valley
- Promosi & Pemasaran
- Pangkalan Data Usahawan
Program pembudayaan keusahawanan dilaksanakan melalui Program Tunas Niaga (PROTUNe) yang dahulunya dikenali sebagai Program Usahawan Muda (PUM). Program ini mendapat peruntukan geran daripada Kerajaan Persekutuan dan PKNK adalah merupakan agensi pelaksana kepada program ini dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPNK).
PROTUNe adalah satu program pendedahan keusahawanan (“awareness program”) kepada pelajar sekolah menengah. Melalui program ini para pelajar dapat mendalami dan mempelajari konsep dan pengurusan bisnes secara lebih sistematik dan komprehensif menerusi kursus, seminar dan latihan yang diberi dan pada masa yang sama menjalankan praktikal bisnes di sekolah. Pendedahan dan perkongsian pengalaman di dalam program ini akan memberi impak yang lebih baik dan menanam satu semangat dikalangan pelajar untuk menjadikan “Usahawan Sebagai Kerjaya Pilihan” di masa akan datang.
Para pelajar yang terpilih menyertai PROTUNe perlu menubuhkan syarikat di sekolah masing-masing pada awal tahun dan membuat pelaburan melalui sumbangan wang tunai untuk dijadikan modal pusingan. Setiap syarikat dianggotai oleh dua puluh lima (25) orang ahli PROTUNe di mana lima (5) orang akan dilantik menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat. Bersumberkan modal terkumpul, ahli-ahli syarikat akan menjalankan perniagaan sama ada berbentuk barangan ataupun perkhidmatan selama 8 hingga 9 bulan dengan bimbingan dua (2) orang guru pembimbing. Keuntungan dari operasi akan dibahagikan dikalangan ahli-ahli berdasarkan jumlah sumbangan modal masing-masing. Prestasi syarikat akan dipertandingkan diperingkat negeri dan pemenang akan mewakili negeri ke konvensyen PROTUNE Nasional.
Di peringkat Negeri Kedah, sebanyak 40 sekolah telah dipilih untuk menyertai program ini yang mewakili semua daerah dan seramai 200 orang pelajar telah dibimbing setiap tahun melalui program ini.
Modul-modul yang telah disediakan untuk program ini meliputi pelbagai aspek perniagaan yang perlu diketahui oleh seorang usahawan.
Usahawan sedia ada dari masa ke semasa perlu dimantapkan lagi dengan pendedahan informasi mengenai pengurusan perniagaan, kewangan, pemasaran dan lain-lain bagi mengembangkan pengetahuan dan pasaran perniagaan mereka selaras dengan situasi semasa perniagaan.
Perbadanan setiap tahun melaksanakan penganjuran seminar, bengkel dan kursus yang khusus untuk usahawan. Semua ini dilaksanakan dengan kerjasama agensi pembangunan usahawan negeri seperti Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kedah (DPMMK), Pembangunan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan lain-lain agensi.
Antara latihan yang dilaksanakan adalah Program Kesedaran Halal, Program Pensijilan MESTI dan GMP, Program Pemasaran Online, Kursus Pengurusan Kewangan, Perlabelan dan lain-lain kursus mengikut keperluan semasa perniagaan.
Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2012 dan merupakan satu program khusus untuk meningkatkan skil dan pengetahuan serta menyediakan asas yang kukuh untuk perkembangan perniagaan usahawan. Dalam masa yang sama menyediakan platform networking sesama peserta.
Syarat penyertaan :
- Deposit RM 1,000.00
- Hanya 30-35 Syarikat Yang Akan Terpilih Menerusi Sesi Temuduga
- Perlu Mengikuti Program Ini Selama 6 Bulan.
- Sektor Pembuatan, Makanan, Produk Kesihatan, Kosmetik Dan Perkhidmatan.
Modul Program :
- Motivasi
- Bengkel Perancangan Strategik Perniagaan
- Pembinaan Sistem Dalam Perniagaan
- Pengurusan Kewangan
- Pemasaran
- Bimbingan Plan Tindakan Dan Pelaksanaan
- Modul Bimbingan One-To-One Coaching
- Profesional Marketing Online
- Bengkel Pembentangan Syarikat Dan Rumusan
Selepas tamat program setiap usahawan diberi peluang untuk menyertai pameran dan lawatan jaringan perniagaan yang dianjurkan oleh PKNK, menyertai Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kedah dan menjadi ahli KuGERAK. Semua usahawan terlibat digalakkan untuk bergerak dalam kumpulan bagi menyertai mana-mana pameran dan expo.
Program Kedah Food Valley (KFV) merupakan program bersepadu yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kedah dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan sektor makanan di Negeri Kedah merangkumi tiga elemen utama termasuk pertanian, pengilangan juga agro pelancongan. Malah sektor perkhidmatan lain termasuk pemborong, peruncit, pengangkutan dan lain-lain merupakan enabler dan pelengkap kepada program ini.
Ianya juga adalah satu pendekatan dalam membangunkan jenama produk yang mempunyai identiti Negeri Kedah yang berkualiti, boleh dipercayai dan selamat digunakan (quality, trustworthy and safe to consume). Konsep ini diambil dari Tokachi Food Valley, Jepun dimana Negeri Kedah akan menjadi negeri yang ‘self sufficient’ iaitu kurang kebergantungan kepada produk dan bahan mentah daripada luar malah akan menjadi pengeksport utama hasil-hasil pertanian dan makanan. Dalam konteks ini produk berkualiti dan berdaya saing tinggi di Negeri Kedah akan diberikan pengiktirafan menggunakan logo KFV pada pek pembungkusan dan di premis mereka.
Program KFV ini dilaksanakan bersama Obihiro Chamber Of Commerce and Industry (OCCI) di bawah program kerjasama Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Perbadanan berperanan sebagai agensi pelaksana bagi program ini.
Program promosi dan pemasaran ini dijalankan secara kerjasama Antara agensi pembangunan usahawan negeri dan persekutuan bagi tujuan membantu usahawan mempromosikan dan memperluaskan pasaran produk masing-masing.
Penglibatan dalam menyertai pameran/ekspo tempatan dan antarabangsa setiap tahun seperti :-
- Malaysia International Halal Showcase (MIHAS)
- MAHA
- Halalfest Kedah Dan Malaysia
- Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
- Thailand Southern Border Trade Fair
Turut menganjurkan lawatan mencari peluang perniagaan bersama agensi pembangunan usahawan negeri seperti Jepun, Rusia, Vietnam, China dan lain-lain.
Perbadanan telah berjaya menyediakan sistem pengkalan data e-usahawan yang akan digunakan bagi mendaftar, mengklasfikasi sektor usahawan dan pencapaian untuk memudahkan usahawan dikenalpasti untuk dibantu mengikut kehendak perniagaan tersebut.