Sektor perindustrian adalah sektor yang penting kepada pembangunan ekonomi Negeri Kedah. PKNK adalah agensi utama Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab memajukan sektor perindustrian di Negeri Kedah. PKNK telah membangunkan 11 kawasan perindustrian dengan keluasan keseluruhan berjumlah 5,271 ekar di seluruh negeri. Kebanyakan industri dan pengilang utama yang beroperasi di negeri ini telah mendirikan kilang mereka di kawasan perindustrian yang dimajukan oleh PKNK.
Kemudahan infrastruktur yang lengkap di premis kilang-kilang binasiap PKNK dan juga dasar kerajaan yang menggalakkan pembangunan perindustrian menjadi tarikan utama kepada pelabur-pelabur untuk membuat pelaburan di kawasan perindustrian PKNK.
Sektor industri adalah antara penyumbang utama kepada keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Negeri Kedah di samping menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Kedah. Sehubungan dengan itu Kerajaan Negeri melalui PKNK akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan sektor perindustrian.